Tandas Meletup Semasa Nyalakan Api Rokok

Bentong: Seorang lelaki melecur di bahagian muka selepas menyalakan api rokok di dalam sebuah tandas sebuah hotel di Genting Highlands, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa yang berusia dalam lingkungan 40-an masuk ke dalam tandas yang terletak di tingkat bawah untuk menghisap rokok.Difahamkan, sebaik api rokok dinyalakan berlaku letupan kecil hingga mencederakan mangsa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands, Penguasa Kanan Yusri Abdullah Sani berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 11.09 pagi serta mendapati kesan letupan dan sedikit kebakaran di tempat kejadian.

Menurutnya, mangsa sudah dibawa ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan lanjut.

“Kami difahamkan tandas tersebut hanya untuk kegunaan kakitangan hotel sahaja dan tidak digunakan kerana kerja penyelenggaraan sedang dilakukan,” katanya.

Yusri berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan letupan tersebut berlaku hasil tindak balas api serta gas yang terdapat dalam tangki septik tandas berkenaan.

Jelasnya, letupan itu turut menyebabkan kerosakan pada dinding, siling dan kawasan dalam radius lima meter dari tandas itu.

Menurutnya, punca siasatan masih dalam siasatan.

source: bharian

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *