Tak Payah Diet Nasi Tapi Boleh Turun 10Kg Dalam 3 Bulan! Ikuti Tips Kurus Mudah Wanita Ini

Tak Payah Diet Nasi Tapi Boleh Turun 10Kg Dalam 3 Bulan! Ikuti Tips Kurus Mudah Wanita Ini. Mendapatkan bentuk badan ideal bukan satu usaha yang mudah.

Ramai orang nak kurus dalam masa yang singkat, sampai ada yang terpaksa melalui proses menyakitkan seperti berlapar, tidak dapat makan makanan kegemaran dan melalui senaman intensif. Proses tersebut memakan masa dan sering menyebabkan kegagalan di tengah jalan kerana sifat putus asa dan tidak cukup motivasi.

Oleh itu, jangan terlalu galak untuk kurus dalam masa yang sangat singkat. Proses penurunan berat badan tak patut jadi menyeksakan. Cuba ikut cara wanita ini. Hilang 10 kg dalam masa 3-4 bulan TANPA diet atkins, and the best part; dia tetap makan nasi! Apa rahsianya?

PERNAH DIEJEK RAKAN!

“Yela tu kurus tapi paha besar, kaki besar.”
“Tak ada beza pun.. Sama macam dulu.. Lengan macam kaki gajah..
“HAHAHA KURUS LA SANGAT.”
“Badan macam makcik-makcik.”

Pengalaman selalu diejek oleh “kawan2” yang mempunyai badan “ala2 model” yang tak kesampaian .. Saya jadikan itu satu suntikan semangat untuk berubah .. Jadikan sebagai motivasi .. Alhamdulillah after 3-4 months berat badan yang dulunya 63kg turun ke 53kg! Wow 10kg tak happy kan? Tp masih dalam proses lah ye sebab target 48@49kg baru ideal ..

Tanpa minum ubat kurus saya nak share sedikit tips supaya dapat membantu wanita-wanita diluar sana untuk mendapatkan potongan badan yang cantik.. Tapi ingat! Metabolisma badan orang berbeza-beza ada cepat ada lambat .. Ini cara saya mana yang boleh ikut teruskan. Yang penting usaha dan DISIPLIN yang tinggi.. Tak ada orang yang baru 2@3 hari diet terus kurus okey.. 3 months from now you will thank yourself.

TAK PERLU DIET ATKINS!

Ini tips-tips yang perlu anda hadam baik-baik dalam otak..

  • TALI SKIPPING
  • AIR MINERAL 2 LITER SEHARI @ LEBIH
  • GREEN TEA (jenama BOH pun boleh)
  • FRUITS (saya syorkan apple hijau & watermelon)

WAJIB MAKAN NASI SEHARI SEKALI (kuantiti yang skit) siapa kata diet tak perlu makan nasi? Ubah mindset anda sebab kita ni orang asia wajib sangat k makan nasi.. Makan nasi untuk awet muda.. Tengok org dulu-dulu amalkan air cucian beras untuk cuci muka.. Sebab apa? Sebab nak kulit cantik kan? Apa lagi kalau makan? Makin la kulit cantik..

Lauk tu jangan campur-campur.. Lauk berpada-pada.. Ambik lauk protien & sayur ja.. Banyak sayur tak apa.. Makan nasi sehari sekali kalau lapar makan buah dan minum air.. Buah yang saya suggest epal hijau @ watermelon!

Makan berat SEHARI SEKALI.. Junkfood elakkan.. KFC buang kulit makan isi k.. Malam jangan makan langsung!

SARAPAN WAJIB .. bangun pagi jangan gosok gigi dulu terus minum air putih segelas.. Lepas tu bole makan roti sekeping @ biskut sebungkus @ meehoon n green tea jangan lupa.. Petang kalau lapar just makan buah minum air banyak!

MINUM AIR BANYAK (elakkan manis-manis & bergas) MINUM GREEN TEA HARI-HARI.. Kalau nak buat detox pun boleh.. Ramuannya (green tea+air suam 2 liter+lemon setngah biji+halia sebesar ibu jari hiris nipis-nipis) minum sehari sampi habis..

SKIPPING PENTING.. Ambil masa sehari 30minit-1jam untuk skipping.. Buat sekurang2nya 3@4 set sehari.. 1set=100kali lompat ? .. Setiap hari buat sampi menjadi.. Tapi jangan la buat selama 3bulan 3@4set ja.. Setiap hari @ selang beberapa hari tambah dari 3 set naik 4 naik ke 5 naik ke 6 set & sehingga yang paling maksimum anda boleh buat.. Maksimum 20set.. Wajib naik kan k.. Tambah la dengan exercise yang lain seperti squat plank sit up, push up, jumping jack ke whatever.. Lompat bintang pun boleh..

So good luck ladies! Have fun when you’re doing it .. Let’s be beautiful and confident together! Enjoy your life because you’ll never be as young as you are now.

Sumber: KurusDanCantik.com

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *