Rakaman Gadis Melayu Histeria Meracau Dalam Bahasa Asing di Balai Polis

Rakaman Gadis Melayu Histeria Meracau Dalam Bahasa Asing di Balai Polis. Seorang gadis berbangsa Melayu di Johor dikhabarkan mengalami gangguan makhluk halus sehingga menyebabkan beliau mampu bercakap dalam bahasa yang tidak difahami.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham, mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan anggota polis memberikan bantuan awal untuk menenangkan mangsa.

Keadaannya yang semakin parah itu memaksa sekumpulan pengamal paranormal dipanggil untuk merawatnya.

Sewaktu paranormal terbabit menjalankan upacara rawatan, gadis yang bernama Siti Halimah, meracau-racau didalam bahasa yang dipercayai bahasa Nepal.

Ketika proses rawatan dilakukan, ibu gadis berkenaan memaklumkan bahawa anak perempuannya itu mula mengalami gangguan tersebut sejak bekerja di sebuah kilang kotak.

Sebelum beliau berkerja disitu, kejadian berkenaan dikatakan tidak pernah berlaku kepadanya.

Pelbagai usaha dan ikhtiar telah dilakukan oleh ibunya yang tinggal di Kampung Seri Maju Jaya itu, namun sakit anak perempuan beliau yang berlanjutan sejak empat tahun lalu tidak sembuh.

Di bawah ini video rakaman yang tersebar di Facebook.

Kredit: Utaranews.com

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *