Petua Kempis Perut, Haid Lancar dan Buang Angin Dalam Badan Secara Semulajadi

Petua Kempis Perut, Haid Lancar dan Buang Angin Dalam Badan Secara Semulajadi. Jus ni bantu buang angin, lancar peredaran darah, kempiskan perut juga lancarkan haid. Ada seorang makcik amalkan umur 55 tahun pun masih ramping berkebaya tau.

Cara-cara (Petua Kempis Perut, Haid Lancar dan Buang Angin Dalam Badan Secara Semulajadi):

Halia dan Kunyit besar ibu jari blend

Asam jawa segenggam

Garam 1/2 sudu kecil

Gula merah 2sudu/ gula kerek 1/2

Rebus semua dengan 4 cawan air sehingga tinggal separuh. Tapis dan minum pagi 1 cawan, malam 1 cawan.

Sebelum minum selawat 3x dan niat dalam hati “Ya Allah, berikan kesihatan yang baik pada tubuh badanku dan jadikanlah aku wanita paling cantik dan seksi di mata suamiku”

Sediakan air masak kat sebelah, picit hidung dan telan. Selamat mencuba!

Jus kunyit ni buat sebulan sekali je selepas period. Kalau untuk minuman harian, tumbuk halia, rendam dengan air panas segelas campur dengan lemon setengah biji .

Bila dah suam, campur 1 sudu madu dan minum sebelum sarapan. InsyaAllah badan ringan, cergas dan ramping jika diamalkan.

source: Sehinggit

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *