Peniaga Online Serang Pelanggan Kerana Buat Aduan Lewat Hantar Barang Yang Dipesan. Seorang peniaga berang perkhidmatan perniagaannya menerima aduan lalu bertindak menyerang dan memukul pelanggan wanita terbabit sehingga mengalami kecederaan, lapor Daily Mail.

Difahamkan, Xiao Die membeli sehelai pakaian berharga 300 yuan dari laman Alibaba Taobao pada 20 Disember lalu ketika jualan penghabisan stok akhir tahun.
Namun, barangan itu masih belum sampai ke alamat rumahnya selepas tiga hari sudah berlalu.
Kesal dengan kelewatan itu, Xiao Die kemudian membuat aduan kepada pihak Taobao dan tindakannya itu membuatkan rating peniaga terbabit jatuh 12 mata.
Berang dengan aduan yang diterima, Zhang kemudian mengambil keputusan untuk mencari pelanggannya itu dan mahu memberi pengajaran kepadanya. Malah Zhang sanggup menempuh perjalanan sejauh 852 kilometer untuk berjumpa dengan Xiao Die.
Mangsa yang tidak berdaya melawan lelak itu mengalami kecederaan di bahagian muka dan badan, gegaran otak dan patah tulang sikit tangan kiri.
Kredit video: Daily Mail
Susulan kejadian itu, polis telah berjaya menahan lelak itu yang kemudian dikenakan hukuman penjara selama 10 hari. Sementara itu, jurucakap Taobao pula mengesahkan pihaknya telah membuang akaun Zhang di atas tindakannya yang tidak bertanggungjawab itu.