Pengantin Lelaki Pengsan Tengok Wajah Bakal Isteri

Pengantin Lelaki Pengsan Tengok Wajah Bakal Isteri. Seorang lelaki berusia 71 tahun telah pengsan ketika diijabkabul malam kelmarin sebelum mengaku ia kerana beliau teruja sebaik terpandang wajah bakal isteri. “Saya terkejut hingga pitam sebaik melihat wajah bakal isteri yang cantik selepas disolek pada majlis akad nikah semalam.

Namun, Alhamdulillah majlis itu selesai selepas saya berjaya melafazkan akad nikah kali ketiga,” kata penghuni Rumah Seri Kenangan (RSK) Taman Kemumin, di Kelantan, Idris Laboh. Idris atau lebih mesra disapa dengan nama Pak Yeh selamat diijabkabulkan dengan Rohani pada jam 5.30 petang kelmarin dan bersanding semalam serta diraikan 117 penghuni dan kakitangan RSK.

Bagi anda yang nak tahu kenapa pengantin lelaki pengsan tengok bakal isteri, ini sebabnya (lihat gambar):

Tambah menarik, Rohani bertemu jodoh kali kedua di RSK selepas berkahwin dengan suaminya yang juga penghuni RSK pada tahun 1994. Semoga jodoh kekal hingga ke syurga.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *