Pendedahan Cara Datuk Siti Nurhaliza Mengandung Buat Anda Yang Ramai Tak Tahu

Pendedahan Cara Datuk Siti Nurhaliza Mengandung Buat Anda Yang Ramai Tak Tahu. Tahniah buat Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang sedang mengandung 4 bulan setelah sekian lama mencuba.

WALAUPUN ada sesetengah pihak yang mengatakan kononnya Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan suami, Datuk Khalid Mohamad Jiwa tidak berusaha bagi mendapatkan cahaya mata, namun pasangan itu tetap bersabar dengan kurniaan-Nya.

Walhal sebenarnya kehamilan Siti, kali ini merupakan percubaan yang ketiga selepas berusaha sepanjang 11 tahun usia perkahwinan.

“Tiga kali kami melalui proseduruntuk mendapatkan cahaya mata. Alhamdulillah, kali ini ia membuahkan hasil.

“Saya menafikan dakwaan kami tidak cuba. Hanya Allah tahu perasaan kami selepas dua kali gagal,” kata Siti yang pernah hamil secara normal, namun mengalami keguguran ketika usia kandungan dua bulan.

Salah satu sebab sesi sidang media dilakukan semalam ialah bertujuan bagi meleraikan segala tanda tanya dan spekulasi mengenai ada pihak yang mempertikaikan tentang usaha mereka.

“Ya, saya ada menjalankan rawatan kesuburan beberapa kali di sebuah pusat rawatan dan Alhamdulillah, penantian saya dan suami selama 11 tahun akhirnya membenihkan khabar gembira.

“Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan saya dan suami supaya dapat menimang cahaya mata selama ini,” katanya dipetik daripada Astro Gempak.

Datuk K juga menolak dakwaan kononnya kegagalan Siti untuk hamil adalah kerana kesan kemalangan yang dialami dirinya ketika berada di New Zealand pada tahun 2012 dahulu.

Malah, menurut usahawan yang berusia 58 tahun itu, hasil ujian telah menunjukkan spermanya lebih aktif selepas kejadian kemalangan itu disebabkan faktor pengambilan makanan berkhasiat yang diamalkannya.

Tambahan pula, Siti dan Datuk K juga sering terlibat dalam aktiviti berbasikal yang diadakan di sekitar ibu negara serta mereka turut menjaga pengambilan makanan agar dapat mempercepatkan usaha itu.

Dalam masa yang sama juga Siti berharap agar dengan kenyataan yang telah diberikan semalam dapat menjawab pertanyaan peminat mengenai berita ‘kehilangan’ dirinya selama hampir empat bulan ini.

Baginya dan Siti Nurhaliza Production (SNP) juga mengharapkan agar pihak yang berurusan dengan pengurusannya memahami sebab utama dia menolak banyak undangan sebelum ini.

Walaupun kini usia penyanyi itu sudah menjangkau 38 tahun, namun rezeki yang dikurniakan itu merupakan hadiah yang paling bermakna dalam hidupnya.

Sebagai suami, Datuk K dikatakan mengharapkan bayi dikandung Siti itu merupakan anak perempuan! Yelah, sebelum ni Datuk K sudah pun mempunyai empat orang anak teruna.

Kali ni mesti lah dia impikan seorang puteri dalam keluarganya.

“Alhamdulillah, ini anugerah yang tidak ternilai. 11 tahun kami menanti, Allah berikan rezeki ini. Berkat kesabaran, Allah makbulkan doa.

“Diakui, sebelum ini kami sudah berusaha pelbagai cara termasuk mengurut dan rawatan tradisional. Namun, tidak berjaya. Mungkin kali ini Allah berikan rezeki itu.

“Penantian kami memang lama. Cuma, paling penting cahaya mata buat Siti kerana dia belum melalui pengalaman itu.

“Memandangkan saya sudah ada empat anak lelaki, jadi saya mengimpikan anak perempuan pula,” kata kepada puhak media ketika sesi sidang media semalam.

Seperti ibu mengandung yang lain, Siti juga di awal usia kandungannya mempunyai alahan seperti mual-mual serta alahan kulit sensitif.

Namun dia mengambil perkara itu sebagai perkara biasa kerana itulah apa yang diingini olehnya sebelum ini. Selain itu, Siti juga dikatakan tidak boleh berjauhan denagn Datuk K. Amboi… Manjanya Tokti kita ni ya.

“Sepanjang kehamilan ini, Siti tidak banyak kerenah. Cuma, dia tidak boleh berpisah lama dengan saya. Kalau 4 petang belum pulang rumah, dia akan mesej dan bertanya. Ketika menunaikan haji dan ke London tempoh hari, dia gelisah,” katanya kepada Harian Metro.

Kemungkinan besar selepas ini pada awal tahun depan, Siti dikatakan bakal berkongsikan satu berita kepada para isteri yang masih belum dikurniakan cahaya mata lagi.

Tujuannya hanya satu, iaitu membantu pasangan yang sudah lama menantikan zuriat. Sama-sama kita semua doakan kesihatan Siti dan kandungannya semoga semuanya baik-baik sahaja.

Syukur kepada Allah, semua usaha sudah dipermudahkan oleh-Nya

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *