Pelajar Universiti Mengajak Presiden Turki Untuk Sahur Bersama Melalui Twitter, Terkejut Besar Bila Erdogan Betul-Betul Muncul

Pelajar Universiti Mengajak Presiden Turki Untuk Sahur Bersama Melalui Twitter, Terkejut Besar Bila Erdogan Betul-Betul Muncul. Seorang pelajar salah sebuah universiti di Turki secara bergurau pelawa Presidennya Erdogan melalui Twitter untuk sahur bersama-sama dengan semua pelajar lain di kantin universiti berkenaan.

Erdogan dengan serius membalas pelawaan tersebut bahawa dia akan hadir. President Erdogan sememangnya seorang presiden negara islam yang terkenal dengan ketegasan dan keberaniannya dalam islam sehingga beliau dihormati oleh hampir semua muslim di seluruh dunia .

Sebagai seorang president beliau sememangnya sibuk menguruskan dan mentadbir hal hal negara Turkey yang merupakan negara Islam yang dihormati.

Namun didalam kesibukannya sebagai seorang presiden Turkey , Cukup menggemparkan apabila viral president Turkey tersebut telah datang ke sebuah university di Turkey secara mengejut untuk bersahur bersama pelajar di universiti tersebut . Menurut seorang pelajar di university tersebut telah menulis tweet kepada Erdogan mengajak president Turkey tersebut bersahur bersama mereka.

Namun tidak disangka president turkey membalas tweet tersebut dengan mengatakan bahawa ‘saya dalam perjalanan’. Erdogan sampai tiba di university tersebut secara tiba tiba dan tanpa disangka untuk bersahur bersama pelajar di university tersebut. Erdogan disambut baik oleh pelajar university tersebut.

Akibat dari kejadian itu , Viral di seluruh laman sosial twitter bahawa Erdogan sememangnya datang ke university tersebut dan mendapat pujian dari netizen atas sifat beliau yang mesra rakyat dan secara selamba datang ke university untuk bersahur dengan pelajar hanya dengan satu tweet dari seorang pelajar university tersebut

Erdogan turut kini lebih dikenali ramai di laman sosial twitter kerana perbuatannya yang agak luar biasa bagi seorang presiden Turkey yang sibuk tetapi masih cuba meluangkan masa bersama rakyat Negara tersebut dan yang paling dihormati adalah Erdogan memalas sendiri twittter miliknya.

Meskipun perkata tersebut menjadi viral akan tetapi masih tidak diketahui kesahihannya. Namun ramai yang percaya bahawa perkara tersebut benar benar berlaku.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *