Patutlah Gaji Suami Selalu Habis, Alasan Dia Bagi Kat Keluarga, Rupanya Main Betina!

Patutlah Gaji Suami Selalu Habis, Alasan Dia Bagi Kat Keluarga, Rupanya Main Betina! Hati isteri mana yang tidak terkilan bila mendapat tahu suami yang dipercayainya selama ini telah mengkhianati perhubungan mereka.

Setiap bulan si suami memberi alasan gajinya habis diberikan kepada keluarganya yang hidup susah di kampung, rupa-rupanya dihabiskan untuk perempuan simpanannya.

Si isteri yang sedar akan kecurangan suaminya tidak menghalang lelaki itu untuk berkahwin lagi, namun meminta dia dilepaskan terlebih dahulu. Sungguh si suami tidak bersyukur. Sedangkan ketika dia susah, isterinya itulah yang membantu dia sehingga hidup senang. Bila dah hidup senang, si suami ambil kesempatan berlaku curang.

SALAM ADMIN

Hari ini saya nak kongsi dengan wanita di luar sana. Jadi wanita harus kuat, jangan terus diperbodohkan. Sudah tiga tahun saya berkahwin dan dikurniakan dua orang anak. Sepanjang tiga tahun itu suami curang terhadap saya, pergunakan saya dan memperbodohkan saya.

Untuk suami, terima kasih. Kau mengajar aku mengenal manusia. Kau ajar aku yang mana benar, yang mana dusta. Kat-kata kau kahwin aku cuma satu dusta. Mulut kau penuh dosa dan begitu juga dengna seluruh anggota badanmu.

Untuk jari yang telah kau patahkan, untuk hati yang telah kau remukkan, untuk harta dan duit yang telah kau curi, untuk segala sakit yang kau berikan, untuk segala caci dan maki, tidak pernah dapat aku maafkan. Biar Allah SWT lebih mengetahuinya.

Untuk Zaza perosak rumah tangga, jadilah perempuan bermaruah. Waktu dulu ya, suami aku tipu kau cakap dia bujang. Tetapi sekarang hakikatnya bila kau dah tahu, kau yang terhegeh-hegeh mencari suami aku. Kau terhegeh-hegeh mengadai maruah.

Sebab sayang? Kenapa dia ajak kau kahwin tetapi kau tak nak? Sebab kau pun cuma minta duit, kan? Aku bagi pun dia kahwin dengan kau, tak pernah aku halang. Dari terus bermaksiat. Tetapi lepaskan aku dengan cara baik sebab aku tak nak bermadu dengan wanita tarafnya seperti kau.

Keluarga saya menerima dia tanpa sebarang hantaran kahwin. Ikhlas berharap anak diberi sepenuh kasih sayang. Tanpa apa yang diberikan? Kecurangan, keseorangan, penipuan, patah mematah.

Saya sudah letih berkahwin dengan suami kaki penipu. Dah tak terdaya nak memperbetulkan keadaan kerana jika benar, harus ada usaha dari dua pihak. Tetapi bila ada syaitan mengoda (perempuan tak tahu malu), memang kelautlah jawabnya. Lebih baik hidup sendiri dari bertemankan air mata. Bersuami tetapi seringkali bersendirian.

Ketika saya kahwin, suami saya tiada apa-apa. Saya bantu dia untuk bangkit bersama-sama. Saya beri kenderaan memudahkan dia pergi bekerja. Di saat dia memerlukan duit, saya berikan. Tetapi hakikatnya dia buat saya seperti bank dengan alasan nak duit minyak, duit makan.

Rupa-rupanya main betina. Betina pun cuma minta duit. Ya betul, suami cakap pada mulanya kau perempuan bayaran. Sekarang terbukti, kau minta duit, kau bagi badan. I am pity a bitch like you. Menagih kasih perosak rumah tangga orang.

Untuk pengetahuan, duit gaji suami seringkali habis dengan alasan diberi kepada keluarga (keluarga suami susah). Saya tidak pernah marah tetapi apa yang membuatkan saya kecewa ialah, selepas saya korbankan tetapi saya dapat cuma penipuan dan layanan seperti hamba.

Doakan semoga perjalanan saya lebih sempurna bersama anak-anak. Saya tidak mahu hidup dalam kemaksiatan suami dan perempuan yang tidak tahu malu itu. Saya bagi suami kahwin, cuma saya tidak mahu bermadu. Saya minta diceraikan dengan cara baik.

Setiap kali itu cakap dia kahwin cuma satu? Tetapi melayan isterinya seperti hamba. Saya memang dah tak ada hati buat suami. Cuma selama ini bertahan untuk anak-anak. Tetapi hari demi hari saya rasa tiada guna. Dia bukannya ada masa untuk anak-anak. Saya lebih selesa untuk hidup sendiri.

Untuk wanita yang dianiaya, jangan terus biarkan diri anda dianiaya oleh suami. Kalau sayang, tiada curang. Kalau nak berubah, sudah lama berbuat demikian. Tiga tahun saya dianiaya, sudah cukuplah. Saya letih dan saya juga mahu hidup gembira.

Source: Kisah Rumah Tangga / The Reporter

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *