Pasangan Pelajar Kantoi Berasmara Di Tandas Masjid

Pasangan Pelajar Kantoi Berasmara Di Tandas Masjid. Sepasang kekasih bawah umur yang juga pelajar sekolah menengah ditangkap kerana melakukan hubungan intim di dalam tandas sebuah masjid di Jawa Barat.

Kejadian tidak bermoral itu berlaku di Lamongan, kelmarin. Menurut saksi, pasangan tersebut tiba di masjid yang terletak di Pambon itu dalam keadaan mencurigakan.

Bagaimanapun, kelibat mereka selepas itu tidak kelihatan dan beberapa jemaah masjid yang curiga mula melakukan pencarian.

Pasangan tersebut kemudian ditemui dalam keadaan tidak berbaju, dan ketika ditangkap mereka memberi alasan singgah di masjid itu untuk mandi.

Insiden itu turut dirakam dan ia mula tular di media sosial sejak semalam.

Sementara itu Ketua Polis Lamongan, Asisten Komisioner Yadwivana Jumbo Qantasson mengesahkan rakaman berdurasi lebih dua minit tersebut, namun memaklumkan sehingga semalam insiden memalukan itu tidak dilaporkan kepada pihaknya.

“Apa pun, kami mahu memanggil pelajar terbabit serta jemaah masjid yang merakam video tersebut,” katanya. – Detik.com

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *