Misteri Petrol Hilang Terjawab Bila Seekor Monyet Minum Petrol Dari Motosikal Hingga Khayal Ditangkap

Misteri Petrol Hilang Terjawab Bila Seekor Monyet Minum Petrol Dari Motosikal Hingga Khayal Ditangkap. Misteri kehabisan petrol tanpa sebab akhirnya terjawab selepas seekor monyet ditangkap ketika ia ‘mencuri’ minyak daripada motosikal.

Sekumpulan pemilik motosikal di Panipat, utara India terkejut selepas mendapati pencuri petrol mereka adalah seekor monyet yang dipercayai ketagih meminum petrol. Haiwan yang kelihatan dahaga itu menyasarkan motosikal yang diparkir di kawasan pasar di Panipat, Haryana.

Haiwan tersebut dikatakan berada dalam keadaan ‘khayal’ selepas meminum petrol malah menolak pisang dan kacang diberikan kepadanya.

Menurut saksi, penduduk pernah beberapa kali menghalau monyet itu dari tempat parkir kenderaan.

Gaurav Leekha yang juga sukarelawan di sebuah pertubuhan berkata, ketika ditangkap, haiwan itu sememangnya kelihatan begitu ketagih petrol.

“Ia tidak mahu makan walaupun diberi pisang dan kacang,” katanya.

Seorang mekanik telah merakam gambar seekor monyet sedang menyedut petrol sebuah motosikal.

Leekha berkata, haiwan itu bagaikan tidak menghiraukan kehadiran orang ramai ketika melakukan perbuatan itu.

“Haiwan licik tersebut akan menunggu sehingga tiada sesiapa berada dekat dengannya sebelum meminum petrol melalui saluran paip bahan api,” jelas laporan United Press International (UPI), lapor Daily Mail.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *