Misteri Motosikal Di Jalan Yang Menyebabkan Pelbagai Persoalan. Tiada siapa berani ambil motosikal ini yang rupa-rupanya penuh misteri. Pelik tapi benar itulah kisah yang diceritakan oleh Shary Azshary dilaman media sosial hingga menjadi tular. Warga yang kerap melintas jalan kendari sulawesi tengah ini, tentu tidak asing lagi dengan kewujutan motor Honda CBR 250 cc Repsol ini.
Kisahnya motor tersebut sudah beberapa kali dipindahkan oleh warga sekitar namun. Motor berkenaan akan kembali sendiri ke tempat asalnya.
Dimaklumkan pemilik motor berkenaan meninggal dunia dua tahun lalu akibat kemalangan tempat dimana motor itu Parking.
Menurut Shary Azshary dia sendiri sudah melihat motor tersebut dan sempat mengambil beberapa keping gambar.
“Saya singgah tadi dilokasi, semua yang tahu jalan lama ini pasti akan tahu kisahnya, ia seperti dijaga dan bersih kunci juga masih di situ tergantung”
“Menurut info yang saya dapat, sudah banyak yang datang cuba mengambil motor berkenan, tapi motor akan kembali sendiri, pihak polis jugak pernah mengambil tindakan, sampai sahaja malam motor akan berbunyi dan kembali ke lokasi asal” katanya.
source: eberita