Mereka Pernah Ditinggalkan Ibu Bapa Dan Dijaga Oleh Haiwan Bertahun-tahun Lamanya Sebelum Ditemui. Ini lah Yang Berlaku Kepada Mereka Kemudiannya.
Terdapat lebih daripada 100 kes yang didokumentasikan oleh kanak-kanak yang dibesarkan oleh haiwan dan tinggal di alam liar.
Berikut adalah 4 contoh kanak-kanak yang dibesarkan oleh haiwan dan ini adalah keadaan semasa mereka kini:
1. Marina Chapman
Marina belajar untuk mengurus dirinya sendiri. Dia mulai mengamati monyet dan melihat jika dia berdiri di bawah pohon di mana monyet sedang makan, dia boleh mengambil makanan yang dijatuhkan.Gadis malang ini tidur di lubang pohon dan berjalan merangkak seperti monyet. Dia menghabiskan sekitar 5 tahun di alam liar.Keadaan ini membuatnya kehilangan cara berkomunikasi saat pemburu menjumpainya.
Sayangnya selepas dijumpai oleh manusia, Marine kemudian dijual ke rumah pelacuran di Cúcuta.Dia melarikan diri dari rumah pelacuran dan hidup di jalanan. Setelah itu dia join dan menjadi ahli kumpulan mafia pula, sehinggalah seorang jiran yang tinggal di dekat keluarga mafia itu berbaik hati dan menyelamatkannya.
Marina akhirnya pindah ke Bradford, Yorkshire di mana sehingga kini dia tinggal bersama keluarganya. Wanita ini melanjutkan hidupnya dengan menulis kisahnya dalam buku berjudul The Girl With No Name.
Dalam bukunya, dia menggambarkan banyak kisah semasa dia tinggal bersama keluarga monyet tersebut. Satu di antaranya adalah saat monyet tua datang menolongnya apabila keracunan makanan dan terancam kehilangan nyawa. Dia menangis kesakitan ketika monyet tua, yang dia panggil Grandpa menuntunnya untuk minum air berlumpur. Segera setelah minum, dia langsung muntah dan mulai pulih.
2. Bello
Sebelum diselamatkan, pemburu menjumpai Bello dengan keluarga chipanzee di hutan Falgore, 150 kilometer selatan dari Kano. Pada saat penyelamatan, Bello telah berusia sekitar 2 tahun. Bello mungkin anak dari etnis Fulani yang sering melakukan perjalanan melalui wilayah itu. Kondisinya yang cacat mental dan fisik menjadi alasan orang tuanya meninggalkan Bello di hutan. Nasib baik ada keluarga chipanzee yang “mengadopsinya.”
Abba Isa Muhammad, salah seorang petugas kesejahteraan mengganggarkan yang Bello mungkin baru berusia 6 bulan ketika chipanzee menjumpai dan mula menjaganya. Ketika Bello datang ke rumah perawatan, dia berjalan dengan gaya mirip simpanse.
3. Dina Sanichar
Budak ini memiliki kebiasaan mengigit tulang untuk mempertajam giginya. Anak yang diberi nama Dina ini menolak untuk memakai pakaian, bahkan merobek apapun yang menempel di kulitnya. Perilakunya tak mengalami banyak perubahan selama 20 tahun sebelum kematiannya. Dia sudah boleh berjalan tegak dan makan menggunakan piring selepas diajar, namun tak pernah boleh berbicara. Dina juga sangat suka makan daging mentah, perokok berat, dan penderita TBC. Dia meninggal pada 1895.
4. Marcos Rodríguez Pantoja
Namun kerana sudah mendapatkan pembelajaran dari si penggembala, dia mampu bertahan hidup di sana. Marcos tinggal di pegunungan selama 12 tahun dari 1953 sampai 1965. Dia langsung tidak pernah berhubung dengan manusia lain bermula dari saat itu dan hanya bertemankan dengan kawanan serigala.Para anggota Guardia Civil Spanyol menangkapnya dan membawanya kembali ke peradaban manusia saat dia berusia 19 tahun.
5. Oxana Malaya
Gadis yang dilahirkan pada 4 November 1983 di Ukraine ini pada mulanya dilahirkan secara normal, namun diabaiklan oleh kedua orang tuanya yang pemabuk. [Sajaheboh.com]. Dia hidup dengan sekumpulan anjing sejak kecil dan hanya dijumpai selepas berumur 7 tahun.
Semasa ditemui, dia langsung tidak dapat bercakap dan berperangai seperti manusia normal sebaliknya kelakuan dia tidak ubah seperti anjing, menyalak dan berjalan macam anjing. Selepas meningkat dewasa, barulah dia belajar bercakap dan menghilangkan “sisi anjing” dalam hidupnya.