Mereka Hanya Makan Bekal Dengan Satu Lauk Berkuah Berlapikkan Penutup Tuppaware Dan Minum Air Kosong

Mereka Hanya Makan Bekal Dengan Satu Lauk Berkuah Berlapikkan Penutup Tuppaware Dan Minum Air Kosong…Ketika kita makan dan tidak habiskan makanan itu kemudian dibuang, tahukah kita ada diluar sana kelaparan tidak cukup makan, ada yang terpaksa mengemis, ada yang terpaksa mengikat perut demi menjaga tanggungjawab masing-masing.

Dikongsikan oleh saudara S Fadzly Shafie satu kisah yang agak sayu dua orang adik beradik yang makan makanan yang dibekalkan ibu mereka di mana katanya abang adalah pelajar sekolah menengah manakala adik pelajar sekolah rendah.

Tetapi apa yang dikongsikan ini sebenarnya juga merupakan hebat kisah pengorbanan seorang anak yang sanggup hidup dengan apa yang ada disediakan oleh ibu mereka tanpa merungut seperti sesetengah anak yang lain. Jom kita baca.

Waktu makan siang sudah tiba. Saya ke mamak berhampiran sekolah di taman tempat tinggal saya. Sedang saya menjamah juadah 2 sosok adik beradik ini juga baru mula untuk bersantap siang. Si adik mencedukkan nasi kepada si abang. Tiada pinggan, hanya beralaskan tupperware transparent.

Cuma ada satu lauk berkuah. Selepas selesai menghidang, si adik ke bahagian air, mengambil sendiri air kosong, 2 gelas. Hati saya mula sebak, lalu saya panggil mapley handsome, yang saya yakin dan pasti seorang pemegang passport biru berlambang singa.

Saya pesan 2 gelas air manis untuk 2 beradik itu dan minta mapley tanya jika mereka mahu tambah apa2 lauk. Mereka refuse. Mungkin bagi mereka lauk masakan ibu mereka sudah cukup mewah. Saya hanya senyum namun terus berfikir.Apakah latarbelakang adik-adik ini sehingga mereka terpaksa menempuh senario yang bagi saya sangat mencabar..

Kehidupan di bandar dewasa ini sudah menjadi semakin dan amat sukar. Cabaran massa dan global telah membuatkan kita berada dalam seribu satu kesempitan. Masa dan waktu sudah menjadi semakin pendek.Not wang yang besar semakin susut nilainya.

Saya yakin tiada ibu yang mahu anak mereka menempuh saat sukar seperti dua beradik ini. Saat ada anak2 yang dijemput supir di sekolah dan dihidangkan oleh amah waktu di meja makan, kemungkinan ibu kepada adik2 ini sedang bergelut dengan suasana pejabat yang kabut dan ribut.

Mungkin tidak dapat membiayai rumah transit untuk pertukaran sesi persekolahan pagi ke sekolah petang. Mungkin tiada wang untuk berulang alik dari rumah ke kelas agama petang atau aktiviti koko. Mungkin tiada keluarga terdekat yang mampu menjaga sewaktu ibu ayah mereka membanting tulang ditempat kerja. Semuanya bermain di kotak fikiran saya.

Yang terus bersarang di pemikiran saya ialah sampai bila anak bangsa kita harus di seret ke jurang miskin dan kaya yang begitu besar ini. Apakah adik2 ini perlu terus bergelut dengan keadaan gaji rm3000 sudah dikira miskin bandar. Sampai bila mereka harus menempuh pembahagian kek ekonomi yang tidak seimbang ini.Namun dalam saat keliru dalam diri saya, saya bangga dengan mereka.

Ya, bangga. Saat ada rakan mereka yang terjerumus kelembah dadah, melepak di bus stand dan segala macam perilaku sosial yang buruk saat di tinggalkan ibu dan ayah untuk bertugas, mereka dengan tenang mengharungi dunia persekolahan mereka dengan baik dan teratur.

Saat ada anak seusia mereka yang mengambil kesempatan melakukan perkara nista apabila di biarkan ibu dan bapa yang sibuk, adik2 ini dengan cool dan selamba meneruskan rutin akademik dan aktiviti luar kelas mereka. Saya doakan agar 2 beradik ini mendapat sinar dan memperolehi masa depan yang bergemerlapan. Sekali lagi, saya bangga dengan mereka berdua.

Source: Siakap Keli

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *