Lelaki Rakam Gambar Gadis Ambil Lauk Di Majlis Perkahwinan, Kini Jadi Isteri Sah

Lelaki Rakam Gambar Gadis Ambil Lauk Di Majlis Perkahwinan, Kini Jadi Isterinya Yang Sah. Benarlah jodoh itu rahsia Allah. Jodoh juga boleh datang dalam cara yang tidak disangka-sangka. Seperti kisah pasangan ini yang bertemu jodoh dalam situasi yang paling tidak mereka sangkakan.

Zarul Izwan bekerja sebagai jurugambar sedang bertugas di sebuah majlis perkahwinan dua tahun lalu sewaktu bertemu dengan seorang gadis bernama Nursakinah yang ketika itu menjadi pekerja katering.

Pada 2 May lalu, Zarul berkongsi kisah di Facebook tentang bagaimana bibit cinta mereka bermula. Melalui status di Facebook, Zarul menulis,

2015 – Candid gambar adik ini tengah cedok lauk.

2017 – Sah menjadi isteri aku. Alhamdulillah.

Tak sangka boleh jumpa jodoh masa tengah photoshoot gambar pengantin.”
Bersama status itu Zarul turut memuatnaik gambar yang menunjukkan Sakinah dengan dua pakaian berbeza ketika kedua-dua kejadian yang dimaksudkan itu.

Menurut Zarul, gambar Sakinah sedang mencedok lauk untuk tetamu di majlis tersebut dirakam olehnya. Dia akui bahawa sepanjang bergelar jurugambar, itu adalah kali pertama dia merakamkan gambar pekerja katering.

“Ia berlaku secara spontan. Saya sempat menegurnya supaya senyum kerana dia terlalu serius,” kata Zarul ketika mengimbas detik pertemuan mereka.

Zarul kemudian memuatnaik gambar tersebut di Facebook dan seorang rakan yang mengenali Sakinah kemudian tag namanya di ruangan komen. Di situlah bermulanya perkenalan pasangan ini. Kalau dah jodoh…

Selepas tujuh bulan berkenalan, kedua-dua mereka membuat keputusan untuk mengikat tali pertunangan. Februari lalu, pasangan ini akhirnya diijabkabulkan.

Sakinah turut akui tidak berminat melayan mana-mana lelaki yang mahu berkenalan dengannya sebelum bertemu suaminya itu.

Saya tidak tahu kenapa mudah untuk bersetuju apabila Zarul ajak berjumpa. Mungkin sudah jodoh, maka hati terbuka untuk menerimanya.”

Menurut Sakinah, suaminya itu seorang lelaki yang baik, pandai melawak selain sering mengingatkannya tentang solat.

Ini baru betul sambil menyelam minum air. Semoga kekal hingga ke Jannah buat pasangan ini!

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *