Lelaki Pelawa 3 Kanak-kanak ‘Berkaki Ayam’ Makan Di Restoran, Tiba-tiba Seorang Berhenti Makan Dan Berkata Sesuatu Yang Buatkannya Tersentuh

Lelaki Pelawa 3 Kanak-kanak ‘Berkaki Ayam’ Makan Di Restoran, Tiba-tiba Seorang Berhenti Makan Dan Berkata Sesuatu Yang Buatkannya Tersentuh Dan Mengalirkan Air Mata. Seperti biasa sepasang kekasih sedang menjamu selera di sebuah restoran makanan segera, sehingga mereka menyaksikan sesuatu yang sangat istimewa.

Apa yang disaksikan oleh pasangan ini adalah seorang lelaki yang telah mempelawa sekumpulan anak-anak muda jalanan untuk makan. Tetapi, apa yang membuatkannya sedih ialah perbualan di antara lelaki dan salah seorang budak tersebut.

Patrisha Capillan bersama dengan teman lelakinya berada di sebuah restoran Jollibee di Filipina, dia telah ternampak tiga anak jalanan yang berkaki ayam di luar restoran itu.

Pada mulanya dia melihat seorang lelaki membeli begitu banyak makanan, mungkin lebih banyak daripada apa yang seseorang boleh makan. Setelah memesan makanan itu, lelaki itu memanggil anak-anak jalanan, dan mereka duduk di atas meja untuk makan bersama.

Selepas menyaksikan tindakan mulia lelaki ini, Capillan memutuskan untuk merakamkan perbuatan mulia lelaki tersebut dan memuat naiknya ke Facebook, di mana ia telah dtonton lebih daripada 2.2 juta kali.

Dalam video itu, Capillan merakam lelaki itu makan bersama tiga anak itu. Dia berasa tersentuh ketika dia memerhatikan mereka. Tetapi yang paling menyentuh adalah apabila salah seorang daripada kanak-kanak tersebut yang memakai pakaian warna hijau berhenti makan, dan lelaki itu bertanya mengapa.

Kanak-kanak itu menjawab bahawa dia mahu membawa makanan pulang kepada ibunya supaya ibunya juga dapat menikmati makanan itu. Perbualan mereka begitu menyentuh perasaan membuatkan Capillan menangis.

Apabila mendengar jawapan anak itu, lelaki tersebut telah pergi untuk memesan makanan lain untuk dinikmati oleh anak itu. Walaupun Capillan memulakan rakaman selepas perkara ini berlaku, adegan dalam klip video pendek ini tetap sangat menarik.

Selepas video itu dimuat naik ke Facebook, ramai netizen telah memuji lelaki itu, dan juga mengucapkan terima kasih kepadanya kerana memberi inspirasi kepada mereka.

Beberapa orang netizen berkata: “Saya sangat berbangga dengan anda.” Netizens lain juga menyatakan penghargaan mereka dengan berkata, “Tuhan memberkati, dan memberi rahmat kepada lelaki itu di atas kebaikannya.”

Sekian.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *