Kucing Meraung Tak Nak Mandi Walaupun Badan Kotor Hingga Suara Jadi Serak

Kucing Meraung Tak Nak Mandi Walaupun Badan Kotor Hingga Suara Jadi Serak! Tigger adalah seekor kucing comel yang mula meraih perhatian dunia apabila videonya dimandikan menjadi tular pada beberapa tahun lepas.

Kisah antara kucing dengan air sememangnya satu kisah yang pasti meninggalkan pelbagai macam kenangan kepada si pembela kucing. Hanya dengan melihat air sahaja, mana-mana kucing pasti mahu segera melarikan diri.

Tetapi, apa yang membuatkan Tigger kelihatan lain daripada yang lain berbanding kucing-kucing lain adalah gelagatnya sewaktu Tigger menunjukkan protes kerana enggan dimandikan.

Takdir sudah menentukan untuk Tigger menikmati mandiannya apabila terdapat sedikit calitan minyak pada belakang badannya. Lebih lucu lagi, Tigger tidak boleh menjilat belakangnya untuk menghapuskan kotoran itu sekali gus membuatkan tuannya mahu membersihkan Tigger sendiri.

Semasa membawa Tigger ke bilik air, Tigger yang seolah-olah sudah mengetahui apa yang bakal terjadi kepadanya terus mengiau tanpa henti. Tigger tahu ‘masanya sudah tiba’.

Menurut pemilik Tigger, rakaman mengenai insiden tersebut bermula apabila Tigger mula mengeluarkan satu bunyi aneh sebaik sahaja dia membuka pili air.

“Tigger mengeluarkan bunyi yang tidak pernah kami dengari. Jadi, kami putuskan untuk merakamnya”.

Tigger mengiau dengan begitu kuat sehingga bergema satu bilik! Kelakuan Tigger mungkin boleh menyebabkan jiran tetangga menyangkakan Tigger sedang didera oleh pemiliknya! Lucu!

Walaupun Tigger agak tertekan sewaktu melalui proses mandian yang sungguh ‘menyeksakan’ itu, Tigger akhirnya kembali ke perilaku asalnya yang tenang setelah selesai mandi.

Video pendek ini dimuat naik di YouTube dan terus melonjak sehingga mendapat 28 juta tontonan! Terdapat juga segelintir netizen yang meninggalkan komen mengenai kelakuan Tigger yang sungguh menghiburkan.

“Kucing ini kedengaran seperti kanak-kanak dua tahun yang tidak mendapat aiskrim”.

“Kucing saya pasti akan membutakan mata saya jika saya mandikannya”.

“Anda mungkin tidak faham tetapi Tigger sebenarnya sedang mencarut kepada anda!”.

Terhibur bukan?

Tonton video di bawah:

Sumber: inspireMORE via Era Baru

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *