Ketika Kita Sibuk Berbalah Hal Politik Dan Artis, Keluarga Ini Setiap Hari Makan Ikan Dipancing Di Sungai, Jual Labi-Labi Demi Beli Beras.
Bagaimanakan masa depan anak aku yang dibesarkan dalam suasan susah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Seharian si bapa akan berusaha demi mencari keperluan makanan kepada anak-anaknya, ada antara mereka masih belum kenal apa itu erti kehidupan.
Jom baca perkongsian daripada Saudara AJ Johan yang berkongsikan tentang keluarga ini.
Ketika Kita Sibuk Berbalah Hal Politik Dan Artis, Keluarga Ini Setiap Hari Makan Ikan Dipancing Di Sungai, Jual Labi-Labi Demi Beli Beras.
Keluarga ini hampir hari-hari makan ikan keli yang di pancing oleh bapa mereka. Bapa mereka juga menangkap labi-labi untuk di jual bagi membeli sekati dua beras untuk 4 anak nya makan.
Ibu mereka kurang stabil selepas melahirkan anak yg bungsu. Anak yang nombor 3 dan bongsu juga OKU. Kasih ayahlah yang membanting tulang menjaga mereka semua.
Pagi-pagi sebelum keluar mencari rezeki di sungai berdekatan.. Ayah mereka akan masak untuk anak isteri makan seadanya. Selalunya hanya makan nasi dan ikan keli goreng dengan minyak lama.
Insya Allah kami akan hantar beras dan package makanan TeamSAR setiap bulan untuk membantu keluarga ini.
Menurut pihak AJ Johan, posting ini bukan dibuka untuk mencari bantuan derma, tujuan posting berkenaan adalah untuk memberi kesedaran kepada ramai saudara kita diluar sana yang ada saudara mereka sedang dalam kesusahan, masih ada orang-orang yang memerlukan bantuan, bukan hanya keluarga ini sahaja.
Sumber: Siakapkeli