Kenapa Lelaki Manja Bila Sakit Demam Selsema?

Lelaki manja bila sakit demam selsema? Perasan tak anda semua bagaimana tingkah laku dan perangai seseorang lelaki itu ketika dia sakit demam atau selsema? Satu kajian yang dijalankan menunjukkan seseorang lelaki itu cenderung untuk manja dan mahukan simpati dan perhatian apabila sakit demam selsema.

Kajian dari pertubuhan kesihatan pengguna The Engage Mutual melaporkan sebanyak 57% lelaki mengharapkan perhatian dan simpati apabila sakit, manakala 2/3 suka merengek dan merungut.

Lelaki juga menganggap selesema biasa sebagai demam dan sedikit pening kepala sebagai migrain. Mereka mahu dilayan seperti seorang anak kecil tetapi pada masa yang sama mahukan si isteri melaksanakan urusan rumah tangga seperti biasa.

Penyelidik percaya keadaan itu terjadi berpunca daripada gen MicroRNAs yang mempunyai hubungan dengan fungsi imun dan dikeluarkan oleh kromosom X.

Wanita lebih berupaya menentang komplikasi akibat kecederaan atau jangkitan kerana mereka memiliki dua kromosom X berbanding satu sahaja yang dimiliki oleh lelaki.

Pakar perbidanan dan sakit puan berkata suami perlukan isteri untuk menjaga mereka ketika sakit kerana kajian menunjukkan lelaki antara 20 dan 40 tahun jarang mahu bertemu dengan doktor.

Lelaki biasanya takutkan doktor dan apabila sakit sedikit, mereka akan sangat bimbang.

Apa pendapat anda pula, adakah anda setuju dengan pendapat dan hasil kajian ini yang menunjukkan bahawa lelaki manja bila sakit demam selsema?

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *