Kenapa Jerawat Sering Tumbuh Di Tempat Sama? Dikatakan Menunjukkan Petanda Ada Penyakit Tersembunyi

Haiss, dah kenapa jerawat sering tumbuh di tempat sama je di muka aku ni? Pernahkah anda mengalami situasi di mana jerawat asyik tumbut di tempat yang sama sahaja di muka anda, misalnya di bahagian hidung, dahi, dagu dan sebagainya?

Dikatakan jika jerawat selalu tumbuh di tempat yang sama di muka wajah anda mungkin menunjukkan ada penyakit tersembunyi pada seseorang itu. Mari kita tengok:

Jerawat di dahi

– Haba badan yang melampau dan peredaran darah yang tak baik jadi punca kepada naiknya jerawat pada dahi. Orang yang mempunyai jerawat pada dahi selalunya memiliki sifat panas baran. Untuk mengelakkannya, disarankan supaya tidur lebih awal dan bangun awal amat digalakkan. Selain itu pastikan dapt tidur yang cukup dan minum air masak dengan kuantiti yang banyak.

Jerawat di hidung

– Jerawat dibatang hidung ia bermaksud tulang belakang anda mungkin bermasalah. Jika ianya di tumbuh di hujung hidung mungkin disebabkan haba perut yang melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal. Kalau dihujung hidung boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang masalah.

Jerawat di dagu

Jerawat yang tumbuh di pipi kiri, bermakna fungsi hati yang kurang lancar seperti mengalami masalah rembasan, menyahtoksin dan penghasilan darah. Kalau di sebelah pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal

Jerawat di Badan ( depan atau belakang)

Jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya beri petanda sistem perkumuhan anda bermasalah, seperti terkena sembelit. Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan toksin dapat dibuang dengan lebih baik. Nampaknya ada yang terus menghadap ke cerimin untuk tengok kat mana ada jerawat tumbuh.

Anda disarankan untuk mengambil suplimen seperti vitamin dan minum air sebanyak yang mungkin. Lebih-lebih lagi pada waktu pagi selepas bangun dari tidur. Dan jaga kebersihan tempat tidur seperti bantal perlu dicuci selalu supaya kuman tidak merebak ke tempat lain dan pada orang lain.

Yang paling penting pemakanan perlu dijaga kerana ia juga boleh menyebabkan berlakunya pertumbuhan jerawat dibahagian badan.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *