‘Kalau Cikgu Marah Cikgu Kene Maki’ – Pelajar Hisap Rokok Dalam Kelas, Netizen Marah Pelajar Ini Bersikap Biadap. Sekolah merupakan medan di mana anak-anak datang untuk menimba ilmu. Hampir separuh daripada masa mereka akan dihabiskan semasa di sekolah.
Baru-baru ini, sebuah video tentang kelakuan seorang pelajar di sekolah telah menjadi viral di media sosial. Video tersebut menunjukkan beberapa belajar bertindak menghisap rokok semasa di dalam bilik darjah ketika guru sedang mengajar.
Video tersebut telah mengundang kecaman daripada netizen kerana rata-rata menganggap perbuatan murid tersebut agak keterlaluan dan biadap.
Biadap dan tidak bermoral
Video tersebut menunjukkan pelajar terbabit tidak mengendahkan guru yang sedang mengajar di hadapan sebaliknya berseronok di belakang bilik darjah sambil menghisap rokok. [Sajaheboh.com] Namun, video yang telah mendapat retweet lebih 17,000 kali itu dipercayai berlaku di sebuah sekolah di Singapura.
Meskipun video ini dikatakan berlaku di Singapura, tak salah rasanya kalau kita jadikan sebagai peringatan untuk melahirkan lebih ramai lagi manusia yang berguna di kemudian hari.
Selain tindakan merokok didalam kelas, Semakin ramai pelajar yang bertindak biadap pada masa sekarangsehingga ada yang sanggup membahayakan nyawa orang lain seperti tindakan pelajar menendang motosikal pelajar lain yang sedang bergerak hingga jatuh baru-baru ini.