Kahwin Muda? Jangan Kecam Saya

Kahwin Muda? Sila Jangan Kecam Saya…Maafkan aku andai confession aku ni agak jahat sikit tapi aku just nak luahkan apa aku rasa. Macam ni, aku ni umur 20-an jugak yang sama macam korang. Aku dah layak untuk kahwin, aku ada keinginan nak kahwin dan aku ada juga calon yang aku memang berkenan dengan akhlak dan agamanya. Tapi sebab aku masih belajar maka aku tepiskan dulu hasrat kahwin aku tu seketika.

Cuba kau bayangkan seorang manusia yang berkeinginan nak kahwin tapi dia terpaksa tahan perasaan tuh tapi dalam masa yang sama bila jumpa kakak kakak usrah sikit sikit yang timbul isu mcm mana nak jadi isteri solehah, jangan risau sebab perkahwinan membuka pintu rezeki.

Lepastuh ada pulak 1 page dakwah dan dia kahwin muda lepastuh dia asyik cakap je pasal bestnya kahwin muda, kahwin muda tuh sunnah, untung remaja kahwin muda muda boleh elak zina sebab lepas nikah semuanya pahala. Kau tahu lama lama aku naik menyampah.

Memang betul pun statement dia kahwin muda tuh elok. Bukan aku nak perlekehkan sunnah. Aku sayang Islam agamaku tapi boleh tak faham yang keadaan hidup manusia ni lain lain. Kalau cita cita kau nak kahwin muda, cita cita aku nak berjaya dulu baru kahwin, aku nak family aku rasa duit titik peluh aku. Aku geram bila pegi talk sikit sikit kahwin muda lepastuh nikah gantung maka lahirlah generasi anak muda yang meroyan tak tahan nak kahwin.

Apa kata lepas ni banyakkan talk maacm mana nak jadikan pemuda pemudi islam yang berjaya, takpun talk macam sains dalam quran, buat talk pasal politik. Kalau sikit sikit cerita bab kahwin tu yang anak muda sekarang tahu nak kahwin aje. Alaaaaaa

source: IIUM

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *