Jeritan Pemilik Drone Dari Jauh Berjaya Selamatkan Budak Lelaki Dari Menjadi Makanan Sekumpulan Jerung.

Lain pula ceritanya bagi seorang kanak-kanak lelaki yang sedang berenang diperairan tenang pantai Bahamas sebelum munculnya 4 ekor jerung mendekati laju kanak-kanak terbabit.
Namun, nyawa kanak-kanak itu terselamat apabila seorang pelancong, Artem Tkachenko yang sedang melancarkan drone miliknya keudara untuk mendapatkan sinematografik cantik biru air laut yang jelas daripada pandangan atas drone terkejut apabila ia merakamkan sekumpulan ikan jerung kecil berenang ke arah kaki air.
“Syukurlah dia mendengar jeritan saya.”
Dari pantai pasti anda tidak akan perasan bayang jerung terbabit kerana ia berada dekat dengan pasir laut. Ini bukanlah kali pertama berlaku apabila baru-baru ini juga seorang wanita telah diserang oleh ikan jerung dilengannya ketika sedang terapung usai menjalankan aktiviti snorkeling.
Kanak-kanak tersebut bernasib baik tidak menjadi makanan jerung pada hari itu. Setiap tahun pasti akan ada tragedi yang melibatkan ikan jerung ini dan ianya menunggu sesiapa sahaja untuk dijadikan santapan lazat mereka.
Sumber: siakapkeli