Ini Apa Jadi Pada Sabun Hotel Yang Ditinggalkan Selepas Anda Checkout

Kami yakin majoriti besar daripada anda semua mesti pernah bermalam di hotel bukan? Lebih-lebih lagi kalau anda memang sering pergi ke tempat-tempat yang jauh sama anda secara sendirian, ikut family, rakan-rakan mahupun atas tuntutan kerja.

Setiap kali kita bermalam di hotel, kita mesti akan diberi barang mandian sekali seperti sabun dan shampoo untuk kegunaan kita. Namun, disebabkan kita biasanya tinggal di hotel pada waktu yang singkat, barang mandian ini biasanya tidak sempat habis digunakan apabila kita check out.

Tahukah anda apa yang berlaku kepada barangan mandian seperti sabun ini apabila ditinggalkan? Jika ada yang masih berbalut, mungkin ada yang bawa balik tapi yang sudah digunakan biasanya ditinggalkan disitu.

Bagi sesetengah orang menginap di hotel sudah menjadi kebiasaan. Pernahkah anda terfikir, apa yang akan dilakukan oleh hotel terhadap sisa sabun selepas tetamu meniinggalkan bilik itu? Umum mengetahui sabun bar atau cecair yang disediakan di hotel (terutama hotel terkemuka) bukanlah sabun sembarangan.

Munurut sumber, sabun yang disediakan di hotel merupakan sabun berkualiti yang diperbuat daripada bahan-bahan terbaik. Tetapi malangnya, ada begitu banyak hotel yang membuang sisa sabun tersebut.Jika difikirkan lebih jauh, sebenarnya masih terdapat banyak orang di luar sana yang masih tidak mendapat sabun bersih.

Apabila ia dikaitkan dengan perkara di atas, bukankah seungguh malang melihat hotel ini membuang sabun dengan mudah sementara orang di luar sana tidak dapat membersihkan diri mereka sendiri? Mujurlah , terdapat sebuah organisasi yang sedar dan telah mengmbil inisiatif bijak bagi menghubungkan dua permasalahan ini.

 

Sebuah organisasi yang bernama Clean the World, diasaskan oleh Shawn Seipler pada tahun 2009. Organisasi ini dikatakan mengumpul sisa sabun terpakai dari hotel- hotel, lalu menyalurkannya pada negara-negara yang penduduknya sering dijangkiti penyakit pernafasan dan cirit-birit.

Pernah sekali, semasa saya duduk di bilik hotel, saya juga tertanya-tanya apa yang akan berlaku kepada sabun dan syampu selepas saya menggunakannya?

Saya berfikir tentang kitar semula lalu saya bertanya kepada pihak hotel.Kemudian kami akan mengumpul bar dan cecair sabun , mengitar semula, mensterilkannya dan kemudian mengedarkannya kepada komuniti kecil yang memerlukan. Sabun adalah ramuan yang paling asas untuk mengekalkan kebersihan badan dan mengekalkan kesihatan.”

Dipercayai cirit-birit telah membunh 1.8 juta orang setahun. Secara umum, terdapat lebih daripada 2.5 bilion kes diare yang menjejaskan kanak-kanak di bawah 5 tahun dan kira-kira 80% daripadanya berlaku di Afrika dan Asia Selatan. Organisasi Clean the World ini juga berkerjasama dengan hotel, syarikat yang terlibat dalam perhotelan, dan juga organisasi lain yang berkaitan untuk melaksanakan misi program mereka.

Sehingga kini, sumbangan sabun yang mereka terima telah dihantar dari pelbagai tempat, iaitu Orlando, Florida, Las Vegas dan Hong Kong.

Selain itu merka turut mengumpul ramai sukarelawan untuk membantu mengedarkan sabun yang telah dikitar semula kepada orang yang memerlukan. Apabila mengedarkan sabun, sukarelawan ini juga ditugaskan untuk mendidik tentang kebersihan, terutamanya untuk kanak-kanak.Selain mengedarkannya secara langsung kepada orang, para sukarelawan juga boleh berkongsi beberapa stok sabun daur ulang kepada penjual kecil, supaya mereka dapat memperoleh rezeki dari menjual sabun.

Wow, sesungguhnya langkah yang diambil oleh orgnisasi ini patut mendapat pengiktirfan kerana akhirnya, sabun yang digunakan tidak dibazirkan begitu sahaja.

Bagus jugakan hotel-hotel yang terlibat dengan program-program sebegini, selain dapat membantu orang, ia juga boleh elakkan pembaziran.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *