Huru-hara Dan Panik Bila Sebuah Bagasi Berisi Powerbank Terbakar Dalam Pesawat!

Huru-hara Dan Panik Bila Sebuah Bagasi Berisi Powerbank Terbakar Dalam Pesawat! Gara-gara ‘power bank‘ terbakar dalam beg di ruang bagasi kabin, penumpang penerbangan yang dalam perjalanan dari Guangzhou ke Shanghai panik seketika apabila diarah turun dari pesawat.

Menurut jurucakap China Southern Airlines, kejadian cemas itu dikesan apabila ada penumpang ternampak api dan asap dari salah sebuah beg yang disimpan di ruang atas kepala penumpang itu.

Kebakaran berkenaan bagaimanapun berjaya dipadamkan dengan bantuan Unit Kebakaran dan Kecemasan pesawat itu. [Sajaheboh.com]

“Kebakaran juga tidak menyebabkan kerosakan teruk pada pesawat,” menurut kenyataan syarikat penerbangan itu di aplikasi Weibo.

Pemilik beg berkenaan kemudiannya dibawa ke balai polis untuk membantu proses siasatan.

Siasatan awal mendapati, peranti elektronik berkenaan hanya diletakkan di dalam beg dan tidak digunakan.

Selepas penerbangan tertangguh selama tiga jam, penumpang kemudiannya meneruskan perjalanan ke Shanghai menggunakan pesawat lain.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *