Hati-hati! Tabiat Menahan Bersin Berisiko Sebabkan Tekak Patah

Hati-hati! Tabiat Menahan Bersin Berisiko Sebabkan Tekak Patah. Apakah yang biasa anda lakukan jika terasa ingin bersin terutamanya di tempat awam? Ya, biasanya kita akan menerkup hidung kita dengan tangan, tuala atau mungkin tisu supaya tidak mengganggu orang lain ada di sekitar kita.

Walau bagaimanapun, adakah anda tahu bahawa dengan melakukan perkara ini, ia sebenarnya boleh membahayakan tekak anda? Percaya atau tidak tekak anda boleh patah kerana anda cuba menahan bersin. Bukan itu sahaja, perbuatan itu boleh membuatkan gegendang telinga anda pecah bahkan boleh menyebabkan saluran darah di otak anda pecah.

Seperti yang berlaku kepada seorang lelaki berusia 34 tahun di England baru-baru ini. Menurut AFP, lelaki yang tidak dikenali itu telah mengejutkan doktor dan jururawat apabila dia muncul di jabatan kecemasan sebuah hospital di Leicester, England dengan keadaan lehernya yang bengkak. Dia juga dalam keadaan yang sangat sakit ketika itu.

Doktor yang merawatnya pesakit itu mengatakan apa yang berlaku kepada leher pesakit itu adalah disebabkan dia cuba menghentikan bersin dengan menutup dan menekan hidung serta mulutnya.

Imbasan CAT yang dilakukan menunjukkan bahawa daya bersin yang ‘terkandas’ telah pecah di bahagian belakang kerongkongnya dan menyebabkannya tekaknya pecah.

Akibatnya, lelaki itu hampir tidak boleh menelan atau bercakap jadi dia hanya boleh makan melalui tiub yang dipasang di bawah tekaknya. Dia juga diberi antibiotik sehingga bengkak dan kesakitannya reda. Selepas seminggu dia sudah dibenarkan pulang.

Menurut doktor apa yang dilakukan lelaki itu adalah sesuatu yang bahaya dan harus dielakkan. Menghentikan bersin boleh mengakibatkan udara terperangkap di antara paru-paru dan juga menyebabkan aneurisme otak yang merupakan pembuluh darah di otak boleh menjadi pecah,” tambah doktor.

Bagi yang selalu menahan atau menghentikan bersin dengan cara ini anda dinasihatkan untuk berhenti melakukan perkara itu. Sediakan tuala bersih atau tisu supaya anda boleh bersin tanpa menimbulkan ketidakselesaan kepada orang di sekitar anda.

Kredit: Erabaru

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *