Harga Lesen Memandu Kelas B2 Cuma RM100, JPJ Laksanakan Ikut Peringkat

Harga Lesen Memandu Kelas B2 Cuma RM100, JPJ Laksanakan Ikut Peringkat. Dengan hanya bermodalkan RM100, sesiapa yang tidak mempunyai lesen akan mendapat lesen motosikal kelas B2 dengan program Myprihatin yang bakal dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) secara berperingkat.

Program Myprihatin ini untuk penduduk bandar berpendapatan isi rumah bulanan kurang RM3,900 (B40) bertujuan membantu kelompok B40, iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus terbawah meningkatkan pendapatan.

Program rintis Myprihatin dilaksanakan di kawasan Parlimen Titiwangsa dan majlis pelancarannya disempurnakan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang menyasarkan individu dalam kategori miskin bandar berusia 16 tahun ke atas memiliki lesen motosikal.

Johari memberitahu bahawa program berkenaan bertujuan untuk membantu golongan B40 kerana sebahagian daripada mereka tidak mampu membiayai kos memohon dan menduduki ujian untuk mendapatkan lesen berkenaan.

“Saya mendapati ramai dalam kalangan mereka (B40) tiada lesen sedangkan permintaan (pekerjaan) untuk menghantar makanan di ibu kota sangat tinggi.

“Dengan inisiatif itu, mereka boleh memiliki lesen motosikal dan seterusnya bekerja seperti sebagai ejen penghantar makanan, penghantar surat atau kerjaya yang memerlukan mereka menunggang motosikal,” – Datuk Seri Johari Abdul Ghani

Program Myprihatin ini adalah sama dengan proses memohon lesen memandu di institut memandu, tetapi dilaksanakan sepenuhnya oleh JPJ termasuk pendaftaran, mengendalikan ceramah, ujian penilaian undang-undang serta ujian memandu percubaan.

p/s: Lihat juga cara renew Lesen Memandu Tamat Tempoh

Facebook Comments Box

One Reply to “Harga Lesen Memandu Kelas B2 Cuma RM100, JPJ Laksanakan Ikut Peringkat”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *