Hanya Memakai Tuala, Janda Dicekup Bersama Dengan Suami Orang Yang Tidak Berbaju. Seorang lelaki yang juga suami orang dicekup berkhalwat bersama dengan seorang wanita di sebuah bilik sewa di bandar raya Kuala Terengganu ketika serbuan dilakukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).
Lelaki berstatus suami orang itu bersama dengan pasangannya wanita janda anak 4 dicekup pada 11.30 malam selepas menerima maklumat awam yang memaklumkan terdapat pasangan belum berkahwin berada di dalam bilik sewa tersebut.
Ketika serbuan dibuat, pintu ditutup rapat sebelum akhirnya dibuka oleh seorang wanita yang hanya memakai tuala di badannya. Seterusnya, seorang lelaki ditemui dalam keadaan tidak berbaju dan memakai seluar jeans.
Siasatan juga mendapati mereka pernah dicekup sebulan lalu kerana melakukan kesalahan sama.
“Malah, lelaki yang bekerja sebagai kontraktor mendakwa datang ke bilik sewa janda empat anak itu selepas dihubungi kekasihnya,” katanya.
Katanya, pasangan itu ditahan dan dibawa ke Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu untuk siasatan lanjut.
“Bagaimanapun, mereka diikat jamin anak masing-masing sementara menunggu tarikh pertuduhan di Mahkamah Syariah Kuala Terengganu,” katanya.
Lelaki berkenaan dikatakan sering datang berjumpa dengan janda itu untuk memuaskan nafsu dan sudah terlanjur banyak kali.
Menurut Pesuruhjaya JHEAT Wan Ismail Sahaimi Wan Omar ketika dihubungi mengesahkan tangkapan pasangan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah. – SAJAHEBOH.COM