Comel! Tidak Percaya Sungguh Melihat Kucing Menjadi Bidan Kawan Kambingnya Yang Sarat Mengandung Ini. Sebelum ini anda sudah pernah melihat haiwan berlainan spesies menjadi pasangan rakan baik luar biasa bukan?
Apa yang menjadi satu perhubungan luar biasa di sini ialah kucing ini telah bertindak menjadi bidan kepada rakan karib kambingnya yang sedang sarat mengandung.
Anda tidak percaya? Gambar dan video ini boleh membuktikannya.
Satu video rakaman kelahiran itu telah dimuat naik dengan memaparkan ‘Pretty Boy’ berada di sisi Copper dan sedang mengurut perut rakan baiknya ini dengan bersungguh-sungguh untuk meredakan kesakitan yang dialaminya. Comel dan prihatin sungguh kucing jantan selaku bidan ini.
Sehari selepas itu, Copper telah selamat melahirkan tiga ekor anak kambing yang comel dan sihat, dan Pretty Boy juga amat gembira menerima kehadiran anak angkat yang turut menyayanginya seperti mana ibu mereka.
Comel sungguh perhubungan unik Copper dan Pretty Boy. Lihat sahaja video rakaman saat kelahiran anak-anak Copper dengan Pretty Boy menjadi bidannya di bawah.
Kredit : Era Baru