Budak Sakit Perut Disangka Usus Tersumbat Namun Lain Yang Ditemui Dalam Perutnya

Doktor terkejut besar bila mengetahui punca budak Sakit Perut Yang Pada Mulanya Disangka Mereka Sebab Usus Tersumbat ini. Kanak-kanak berusia 11 tahun warga Kecamatan Cipongkor, Bandung Barat, kini terlantar di Rumah Sakit Cibabat, Cimahi, Jawa Barat.

SAJAHEBOH.COM - Budak Sakit Perut Disangka Usus Tersumbat Namun Lain Yang Ditemui Dalam PerutnyaDia harus menjalani pemeriksaan setelah doktor menemukan lebih dari dua kilogram cacing dari perutnya. Sebelum dibawa ke klinik, kanak-kanak ini merasakan sakit perut dan amat sangat dan sukar untuk membuang air besar.

Berbagai ubat diberikan kepadanya tapi tak juga beransur pulih. Akhirnya pembedahan terpaksa dilakukan.

Semasa dalam pembedahan doktor meyangkakan usus kanak-kanak tersebut tersumbat. Namun sangkaan itu merosot apabila doktor tersebut telah mendapati banyak cacing yang ditemui dalam perut pesakitnya.

Bahkan cacing tersebut semakin membiak dengan banyak dalam perut kanak-kanak tersebut. Menurut kedua ibubapanya anaknya sudah lama menahan kesakitan adakalanya ketika batuk cacing terkeluar dari mulutnya.

Namun, kedua ibu bapanya tidak menyangka cacing di perut anak mereka sebegitu banyak.

“Pernah dulu diberi ubat cacing,Namun setelah memakannya ketika itu juga ketika itu juga cacing keluar dari mulutnya melalui muntah,” jelas Dadang Yusuf, ayah si pesakit.

Doktor yang menangani kes ini menyatakan, cacing yang berada dalam perut kanak-kank ini sudah membiak dalam jangka waktu yang agak lama. Ini diduga kuat kerana pola hidup dan situasi yang tidak sihat serta asupan gizi yang kurang.

“Jenis cacing astarit, mengganggu juga,” jelas Rd Didit B.S, doktor bedah RS Cibabat.

Menurut doktor lagi, walaupun cacing sudah begitu banyak dikeluarkan, namun di badan kanak-kanak ini masih mempunyai saki-baki cacing dan telurnya. Jadi Beliau perlu makan ubat yang diberikan sehingga habis.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *