Betul-betul Tidur Mati. Semua Orang Termasuk Polis Dan Pemandu Teksi Cuba Kejutkan Lelaki Ini Tapi Gagal [VIDEO]

Ini Baru Betul-betul Tidur Mati. Semua Orang Termasuk Polis Dan Pemandu Teksi Cuba Kejutkan Lelaki Ini Tapi Gagal. Pemandu teksi terpaksa membawa penumpangnya ke balai polis apabila lelaki berusia 20-an gagal dikejutkan daripada tidur di Taman Sri Pulai, Sikamat, Seremban.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, lelaki itu menaiki teksi dari Kuala Lumpur pada 9 pagi berikutan mahu pulang ke rumahnya di daerah ini.

Bagaimanapun, katanya, lelaki itu tidak memberikan alamat rumah lengkap menyebabkan pemandu teksi itu hanya membawanya ke taman perumahan terbabit.

“Sepanjang perjalanan, lelaki itu dikatakan tertidur sehingga tiba di taman berkenaan pada 11 pagi, namun cubaan pemandu teksi mengejutkannya gagal.

“Selepas beberapa minit cuba mengejutkan lelaki itu daripada tidur gagal, pemandu teksi terbabit membawanya ke Balai Polis Sikamat untuk bantuan.

“Setiba di balai polis, beberapa anggota turut membantu mengejutkan lelaki itu, namun masih gagal. Namun berdasarkan maklumat pada dokumen pengenalan diri lelaki itu, polis menghubungi ibunya yang berusia 55 tahun,” katanya.

Beliau berkata, keluarga lelaki itu datang ke balai polis dan mendapati dia masih tidur dan mereka berusaha mengejutkannya sehingga dia akhirnya terjaga.

Katanya, wanita itu memberitahu anak bongsunya sering berdepan masalah sukar bangun tidur.

Dalam pada itu, video dan gambar mengenai kejadian itu tular di media sosial dan menunjukkan dua anggota polis membantu pemandu teksi mengejutkan penumpangnya bangun daripada tidur.

p/s: Agak teruk juga lelaki ini tidur mati sampai tak bangun-bangun kan. Tapi dulu ada kes wanita berhenti tidur sekejap di R&R dan bangun hanya selepas 3 bulan!

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *