Bercinta 5 Bulan Di WhatsApp, Bila Dating Pertama Kali, Gadis Gemuk Ditinggalkan Dengan Roti Canai

Bercinta 5 Bulan Di WhatsApp, Bila Dating Pertama Kali, Gadis Gemuk Ditinggalkan Dengan Roti Canai.  Kecantikan dan ketampanan tak seharusnya dijadikan faktor utama dalam pencarian pasangan, bagaimana cantik dan tampan pun lama kelamaan akan pudar juga.

Kami percaya lelaki yang hanya memandang kecantikan perasaannya mudah pudar dan berubah lebih-lebih lagi jika jumpa wanita yang lagi cantik. Betul tak?

Seperti dilalui gadis ini, beliau berkongsi pengalamannya ditinggalkan kenalan twitter gara-gara dirinya gemuk. Lebih 5 bulan berkenalan di whatsapp, lelaki tersebut ajak berjumpa kemudian ditinggalkan begitu sahaja setelah dapat tahu dirinya tidak secantik di dalam gambar.

Seorang individu berkongsi pengalamannya berkenalan dengan seorang lelaki di twitter, tidak lama kemudian mereka bertukar nombor telefon dan menjalinkan hubungan dengan lebih rapat. Lima bulan kemudian, lelaki berkenaan ajak berjumpa.

Sebaik sahaja gadis ini naik kereta, lelaki tersebut hanya diam. Dia berhenti di sebuah kedai mamak dengan alasan mahu beli roti canai. Kemudian, dia minta wanita ini turun mengambil roti canai yang dibungkus. Tanpa dia sedar, rupanya lelaki ini sudah lari meninggalkannya seorang diri di kedai tersebut.

Panggilan tidak dijawab, lelaki ini hanya sms, ‘Sorrylah, dalam gambar aku ingat kau kurus, tengok-tengok gemuk. Best tak kena tinggal?’

Ya Allah, kesiannya gadis ini. Kalau tak suka pun, janganlah tinggalkan di kedai mamak macam itu je. Apa salahnya bagi alasan yang lebih logik. Tak guna betul!

Betul-betul Dasar jantan tak guna! Kesian gadis tersebut diperlakukan sedemikian rupa. Pengajarannya, janganlah sesekali mudah jatuh cinta kepada orang yang belum tidak pernah kita jumpa secara face to face.

source: kisah dunia

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *