Bawa Kekasih Masuk Bilik Sewa Dah Jadi Trend Di Bangi – Kata Gadis Yang Mahu Menyewa Kepada Seorang Pemilik Rumah.
Screenshot yang didedahkan oleh pemilik rumah sewa tersebut mengundang reaksi negatif netizen di laman Facebook.
Gadis yang tidak didedahkan identiti itu pada mulanya bertanya sama ada bolehkah dia membawa teman lelakinya ke bilik. Namun, pemiliknya tidak membenarkan dia berbuat demikian.
Tambahan, gadis itu adalah muslim yang terang-terang bukan mahram.
“Dah terang lagi bukan mahram, tak boleh tinggal serumah. Timbulnya fitnah dan zina nanti. Kang kena kahwin free haa!” katanya.
“Owh, tadi saya ada tanya rumah lain, boleh saja bawa boyfriend masuk bilik. Benda ini dah trend lah di Bangi,” balas gadis itu.
“Tak apalah awak. Saya tak ambil penyewa yang ingin bawa lelaki masuk rumah. Jagalah maruah sebagai perempuan,” katanya.