“Baru Tunang Dah Maki Begini. Kalau Sudah Nikah?”

Baru Tunang Dah Baki Begini. Kalau Sudah Nikah?” Terbeliak mata membaca dua screenshot WhatsApp pasangan yang baru bergelar tunang ini. Belum lagi mempunyai ikatan yang sah, namun si lelaki sudah berani melemparkan kata-kata kesat terhadap gadis yang bakal dijadikan teman sehidup sematinya.

Bayangkanlah jika bapa gadis terbabit membaca dua screenshot WhatsApp ini, adakah dia ingin menyerahkan anak gadisnya untuk lelaki yang sudah jelas dan nyata akan mendera anak perempuannya itu?

Dipetik dari laman Facebook Kisah Rumah Tangga:

“Salam admin. Tolong hide FB. Saya nak tanya pendapat admin dan semua pembaca. Tunang saya seorang lelaki yang sangat panas baran dan terlalu cemburu. Dia suka memaki hamun saya sehingga menyebabkan saya fobia nak menjawab panggilan telefon dari dia. Kami duduk berjauhan (pada masa ini),” tulisnya

Dalam screenshot mesej WhatsApp tersebut, si tunang menghantar mesej maki hamun perempuan berkenaan dengan gelaran babi, p*k*mak, sundal, anjing, jelas menunjukkan lelaki ini sudah kebiasaan menggunakan kata-kata kesat seperti itu dalam percakapan seharian.

Sementara itu di media sosial, netizen meminta gadis berkenaan fikir masak-masak sama ada mahu meneruskan atau memutuskan perhubungan mereka itu.

“Baru tunang dah maki begini. Kalau nikah? Jadi macam cerita andainya takdirlah naik kaki tangan pada isteri. Putus sajalah, banyak lagi lelaki lain yang boleh jaga mulut dan juga adab,” kata Intan Syamilah.

“Sekadar pendapat. DIk, masa bercinta dan bertunanglah saat yang paling manis dalam hidup. Kalau saat bertunang saja dah jadi seperti ini, macam mana kalau duduk serumah?

“Bercakap melalui pengalaman, bekas suami saya dulu sebelum kahwin, baik orangnya. Payah nak dengar dia mencarut. Bahagia saja bila rasanya. Tetapi selepas kahwin, dia jadi kaki pukul, kaki betina. Saya kahwin dengan dia pun setahun tiga bulan sahaja.

“Selepas bersalin, saya terus diceraikan dan dia kahwin dengan perempuan lain selepas dua minggu. Itulah pengalaman saya. Awak masih ada masa dik, baru bertunang. Buatlah keputusan yang terbaik untuk masa depan awak,” kata Iszzfardaiya Hidayah.

source: The Reporter

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *