Ayat Yang Selalu Digunakan Lelaki Untuk Memikat Wanita

Adakah anda ingin tahu bagaimana Ayat Yang Selalu Digunakan Lelaki Untuk Memikat Wanita? Kaum lelaki juga manusia biasa dan sudah pasti mereka mempunyai banyak cara mengurat atau menggayat perempuan bukan?

Tetapi yang bezanya ialah ada cara dan ayat memikat hati wanita yang berkesan, ada yang kurang berkesan dan juga langsung tidak berkesan, bukan?

Admin ingin kongsikan ayat dan cara memikat wanita yang digunakan oleh majoriti besar kaum lelaki di dunia ini termasuk juga di Malaysia ini. Secara ringkasnya cara memikat hati perempuan yang admin ingin terangkan ialah terbahagi kepada tiga jenis lelaki iaitu, lelaki romantik, lelaki terus-terang dan lelaki pemalu.

CARA MEMIKAT WANITA DENGAN AYAT BERTAPIS ATAU BERLAPIK
Cara memikat hati perempuan begini sering digunakan oleh lelaki yang pemalu, ego, sombong dan takut akan kemungkinan dia direject mentah-mentah. Oleh itu, dia merasakan cara paling selamat ialah dengan membuat ayat berlapik yang boleh digunakannya sebagai jalan keluar atau pintu kecemasan jika hasilnya tidak seperti yang dia inginkan.

So, untuk mengelak daripada malu dan kemungkinan jatuh air muka, mereka akan mencari alasan seperti “Saya bukannya tuju kan ayat itu pada dia pun” atau “Saya bercakap secara am kepada perempuan di luar sana saja”.

Contohnya ialah “Saya suka wanita ayu, lembut dan berbudi pekerti tinggi”. Jika lelaki menggunakan ayat ini di depan wanita yang disukainya, dia berpeluang untuk mengukur tahap minat wanita itu terhadap dirinya. Jika dia merasakan ada peluang untuk dia, mungkin ayat itu boleh disambung di akhirnya dengan “…macam you” atau “..macam awak”.

“Saya sedang mencari calon buah hati dan jika berminat bolehlah mohon”. Ayat ini adalah Call to action atau panggilan untuk bertindak itu terletak kepada wanita yang menerima atau mendengar ayat tersebut. Jika tiada apa yang berlaku, tiada siapa yang malu dan jika respon positif dan memang suka sama suka, maka tiada siapa yang rugi kan.

“Saya ini bukanlah lelaki romantik dan jiwang, nak tackle perempuan pun tak pandai, tambahan pula rupabiasa-biasa saja, tak sehensem mana, siapalah yang sudi dekat saya kan”. Walaupun ayat ini kedengaran pathetic, menjatuhkan diri sendiri, kekuatan sifat simpati jangan dipandang rendah. Ada wanita atau perempuan yang akan terdorong untuk terpikat dengan ayat yang bernada sebegini.

CARA MEMIKAT WANITA DENGAN AYAT TERUS-TERANG
Cara ini biasanya digunakan oleh lelaki yang agak berani dan sudah biasa bergaul dengan perempuan. Mereka berasa yakin dan tidak takut untuk ditolak atau kena reject daripada terus menyimpan perasaan mereka.

Contoh taktik memikat wanita seperti ini ialah ayat seperti ini “ Awak,Agak-agaknya bila kita boleh couple”. Anda pernah dengar tak ayat ni? Ayat yang bernada seperti ini boleh membuatkan lelaki itu diingati oleh wanita yang ingin dipikatnya walaupun wanita tersebut mungkin tidak meminatinya. Paling tidakpun, ayat begitu pasti boleh menyebabkan wanita itu tersenyum atau ketawa.

“Awak nak tau tak, Saya tengok awak ni sesuai sangatlah untuk jadi girlfriend saya. Saya pasti happy sangat-sangat kalau awak setuju”. Tidak ramai lelaki yang berani untuk menggunakan pendekatan ini yang merupakan taktik kamikaze atau berani mati.

Walaubagaimanapun, kelebihan menggunakan taktik terus terang ini ialah anda tidak perlu terus menunggu dan tertanya-tanya akan perasaan si dia terhadap anda. Ini jawapan yang anda akan dapat akan dapat menunjukkan sejauh mana tahap minat wanita yang ingin anda pikat dan sebaliknya.

“I tahu I bukan lelaki idaman you, tetapi you wanita idaman hati I”. Ayat ini kedengaran kelakar tetapi percayalah ianya akan tersangkut di hati wanita. Ayat yang lebih direct, lebih power kot.

Risiko menggunakan ayat jenis terus terang ini ialah anda mempunyai peluang untuk ditolak secara direct juga. Jika anda jenis lelaki muka tebal, punya tahap sense of humor atau lawak yang tinggi. Tapi awas,sebab lelaki yang suka memikat dengan cara berterus terang ini juga ada dalam ciri-ciri lelaki playboy atau kaki perempuan.

CARA MEMIKAT WANITA DENGAN AYAT ROMANTIS
Cara memikat perempuan dengan menggunakan ayat-ayat romantis ini biasanya adalah lelaki yang jenis jiwang dan suka tengok drama-drama genre cinta seperti drama Korea, Jepun dsb atau romantik. Mereka juga mungkin pandai berkata-kata dan mungkin bijak dalam aliran sastera.

Sebenarnya, bukan mudah untuk memilih ayat-ayat jiwang dan romantis apatah lagi menggunakannya untuk memikat wanita pada masa sekarang ini. Ianya tidak boleh kedengaran terlalu jiwang, tidak ikhlas atau dipenuhi dengan pujian yang keterlaluan. Mencari keseimbangan di antara tahap jiwang dan keikhlasan itu penting.

Boleh tak aku mengatakan aku mencintai kamu hari ini? kalau esok bagaimana? besok lusa? besok besok lusa? bagaimana kalau selamanya? Lelaki yang pandai mengungkapkan kata-kata romantis memang senang untuk menarik perhatian wanita terhadap mereka.

Malah jika mereka pada awalnya tiada rasa minat terhadap anda pun, akan boleh terpikat dengan kata-kata romantis anda.

“I baru faham erti cantik apabila melihat wajah you”, ayat ini walaupun kedengaran ringkas tetapi efektif kerana kecantikan ialah kebanggaan seseorang perempuan. Perempuan memang suka kalau dipuji dengan kecantikannya dan hati perempuan meudah cair kalau ayat pujian memang mengena dengan dirinya.

“Ada 12 bulan dalam setahun, 30 hari dalam sebulan, 7 hari dalam seminggu, 60 minit dalam 1 jam dan 60 saat dalam 1 minit. Tapi hanya ada kamu seorang dalam hidup ku”. Ayat-ayat sebegini memang akan menarik perhatian wanita terhadap anda sebab anda pandai mengungkapkan kata-kata dan ayat-ayat cinta yang menarik perhatiannya.

Sekian.

Source: Kakipromo.Com

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *