Ayah Kena Strok, Kanak-kanak Terpaksa Berhenti Sekolah Bekerja Jual Bunga Cari Pendapatan

Ayah Terlantar Sebab Strok, Kanak-kanak Terpaksa Berhenti Sekolah Dan Cari Pendapatan Dengan Menjual Bunga. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.sajaheboh.com - Ayah Terlantar Sebab Strok, Kanak-kanak Terpaksa Berhenti Sekolah Dan Cari Pendapatan Dengan Menjual Bunga

Begitulah nasib yang menimpa kanak-kanak perempuan di Thailand terpaksa berhenti sekolah akibat kesempitan hidup dan bekerja demi menyara dirinya dan bapa yang terlantar sakit.

Menurut sumber, kanak-kanak itu yang juga anak tunggal terpaksa bekerja sebagai penjual bunga di tepi jalan bagi mendapatkan sedikit wang untuk membeli makanan dan ubat-ubatan buat bapanya yang diserang strok.

Kisah kanak-kanak malang itu dikongsi seorang pengguna Facebook di negara berkenaan sebelum tular dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Malah, pihak jabatan kebajikan juga telah melawat rumah kanak-kanak itu dan mereka berjanji untuk meringankan beban keluarga berkenaan termasuklah membantu kanak-kanak terbabit menyambung semula persekolahannya.

Semoga kehidupan adik ini dan bapanya menjadi semakin baik dan diharapkan semoga adik ini dapat meneruskan pelajarannya.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *