Aksi Marah Budak 5 Tahun Ini Sangat Comel! Tak Ubah Macam Makcik Bawang Dah!

Aksi Marah Budak 5 Tahun Ini Sangat Comel! Tak Ubah Macam Makcik Bawang Dah! Apakah itu marah? Marah adalah satu daripada pelbagai jenis emosi yang wujud dalam diri kita. Emosi pula adalah petunjuk kepada dalaman kita.

Marah dengan itu merujuk kepada apa yang kita rasakan yang puncanya dari dalam diri kita. Bagaimana kita menjadi marah? Marah wujud sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Sekiranya kita melihat marah itu sebagai satu luahan emosi seperti sedih, luka atau gembira, maka dalam konteks ini marah adalah tindakbalas langsung yang wujud dari perasaan kita. [Sajaheboh.com] Bermakna, sekiranya terjadi sesuatu, maka tindakbalas dari perasaan kita akan menjadikan kita merasa marah, gembira dan sebagainya.

Bagaimanapun, marah juga boleh menjadi perasaan sekunder. Kebanyakan orang (terutama lelaki) adalah terlatih dalam menerima perasaan marah, tetapi tidak dalam menghadapi perasaan yang wujud sebelum timbulnya perasaan marah itu.

Antara perasaan yang wujud sebelum marah secara kebiasaannya adalah perasaan terluka, takut, atau mudah tersinggung. Adakalanya bila kita tersinggung atau terluka, kita akan menjadi marah kerana itu merupakan satu cara yang mudah untuk melepaskan diri dari perasaan yang terawal disebutkan tadi (tersinggung atau terluka).

Dalam konteks ini, marah berubah menjadi emosi sekunder, yakni satu perasan yang boleh kita terima berbanding dengan perasaan terluka atau singgung.

Berbalik kepada tajuk, Anak-anak merupakan anugerah yang tidak ternilai dan menjadikan kehidupan keluarga menjadi lengkap dan amat bermakna. Setiap ibubapa pasti terhibur melihat karenah anak mereka yang mungkin melucukan dan kadangkala dirasakan begitu comel. Untungnya jika kita dapat merakam detik-detik atau saat yang menghiburkan itu.

Dalam kesempatan ini ,kami ingin berkongsi satu video aksi marah budak perempuan 5 tahun menarik dan comel dan buat kita tersenyum.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *