Akibat Kerap Tidur Dengan Rambut Yang Masih Basah, Wanita Ini Mengalami Lumpuh Sebelah Muka

Mengejutkan! Akibat Kerap Tidur Dengan Rambut Yang Masih Basah, Wanita Ini Mengalami Lumpuh Sebelah Muka. Sebelum ini kita pasti sering diingatkan untuk mengeringkan rambut terlebih dahulu sebelum tidur.

Namun ramai yang mengambil ringan dan tidak tahu tabiat tersebut mampu memberi kesan buruk yang mungkin tidak pernah terlintas di fikiran kita.

Menurut laporan China Times, seorang wanita telah mengalami lumpuh pada bahagian muka kirinya akibat tabiatnya yang tidur dalam keadaan rambut masih lagi basah.

Kejadian yang berlaku di China ini menimpa wanita berusia 32 tahun yang dikenali sebagai Xiong.

Kerjayanya di sebuah pusat membeli belah menyebabkan dirinya kerap pulang lewat ke rumah dan tertidur selepas mandi tanpa sempat mengeringkan rambutnya terlebih dahulu.

Akibat daripada itu, malang telah menimpanya apabila suatu pagi, dia tidak dapat menggerakkan bahagian kiri muka manakala mulutnya mulai senget ketika dia sedang menggosok gigi.

Risau dengan keadaan itu, dia segera ke hospital untuk mendapatkan nasihat doktor. Apa yang mengejutkan, doktor mengesahkan saraf muka Xiong telah mengalami lumpuh.

Menurut doktor yang merawatnya, insiden tersebut adalah disebabkan oleh tabiatnya yang suka tidur dalam keadaan rambut yang basah yang mengakibatkan perubahan suhu badan yang sekaligus menyebabkan mukanya menjadi kejang.

Tambah doktor itu lagi, perkara ini jadi lebih cepat kerana badannya berada dalam keadaan berehat dan tenang semasa tidur. Dia bagaimanapun bernasib baik kerana lumpuh pada mukanya hanya berlaku buat sementara waktu.

Doktor tersebut turut meminta Xiong untuk mengeringkan rambut terlebih dahulu sebelum tidur kerana sarung bantal dan bantal yang basah akan mempercepatkan pembiakan bakteria yang sekaligus mengakibatkan jangkitan.

Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada merawat. Jadi, untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini, keringkanlah rambut terlebih dahulu sebelum tidur ya!

Sumber: World Of Buzz

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *