Penunggang Motosikal Biadap, Tendang Kon Sepanjang Jalan

Penunggang Motosikal Biadap, Tendang Kon Sepanjang Jalan. Sebuah video yang memaparkan seorang penunggang motosikal menendang kon yang diletakkan di jalan raya menjadi bualan para netizen.

SAJAHEBOH.COM - Penunggang Motosikal Biadap, Tendang Kon Sepanjang JalanInsiden yang sempat dirakam oleh seorang pemandu kereta itu menunjukkan aksi lelaki terbabit yang bukan saja mendatangkan bahaya kepada diri, malah pengguna lebuh raya yang lain.

Entah apa masalahnya, penunggang motosikal itu dilihat menendang hampir kesemua kon yang diletakkan di sepanjang jalan.

Kon-kon berkenaan diletakkan untuk memisahkan laluan kontra yang biasa dibuka apabila kesesakan jalan raya.

SAJAHEBOH.COM - Penunggang Motosikal Biadap, Tendang Kon Sepanjang Jalan

Berdasarkan video yang dimuat naik sebuah akaun Facebook portal gaya hidup, kejadian berlaku di sekitar Lebuhraya Cheras-Kajang Expressway, berdekatan Cheras Sentral.

Tindakan berkenaan dicemuh pengguna laman sosial kerana ia bukan sahaja menyusahkan, tetapi juga berpotensi membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

“Ini orang bodoh. Menyusahkan pekerja nak letak balik kon yang ditendang lelaki ini. Kenapa si perakam tak langgar saja bajingan ini?

“Tak pasal-pasal disebabkan orang seperti ini, jalan jadi sesak berkilo-kilometer panjang. Bodoh dan buat malu je perangai macam hanat!”

Rata-rata netizen mahukan penunggang itu ditahan dan dikenakan tindakan sewajarnya.

Namun ia mungkin agak sukar kerana nombor pendaftaran motosikal berkenaan tidak dapat dilihat dengan jelas.

Selepas dimuat naik video itu telah menerima lebih 400,000 tontonan.

p/s: Tengok juga video aksi superman penunggang motosikal di jalan basah hingga terjatuh.

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *