Pengakuan Pelajar Universiti Jadi ‘Sugar Baby’ Untuk Cari Duit Tampung Kehidupan. Dalam ekonomi yang semakin menghimpit, ditambah kos sara hidup yang semakin meningkat pasti membuatkan mana-mana individu yang terkesan untuk mencari duit lebih.
Dan ada yang memilih ‘jalan maksiat’ untuk mendapatkan wang mudah. Kisah yang diceritakan oleh seorang wanita berhijab yang turut ‘dibela’ hanya dengan alasan untuk mencari duit lebih. Luahan hati wanita ini dipetik dari laman IIUM Confession.
‘Nak Cari Duit Lebih’
Salam. Aku merupakan seorang pelajar jurusan Undang-undang di **** dan kini sedang berada di semester terakhir. Hari ni aku nak cerita tentang kisah hidup aku. Mesti korang pernah dengar istilah sugar daddy (SD) / sugar mommy ni kan? Dan gadis muda yang dipelihara oleh SD ni digelar Sugar Baby (SB).
Aku berasal dari keluarga sederhana, lahir dan menetap di Kuala Lumpur. Keluarga aku bahagia, pentingkan ilmu dunia & akhirat. Adik-beradik aku pun berjaya semuanya. Senang cerita, dari segi kewangan insyaAllah tak ada masalah buat family kami. Aku punyai rupa paras yang menarik dan badan aku agak kecil. Kalau orang tengok aku mesti ingat umur aku baru 20 tahun padahal aku dah 28 tahun dah.
Macam mana aku boleh terjebak nak jadi SB? Sebab aku nak cari duit lebih. Aku ada join beberapa online platform khas untuk golongan SD & SB. Masa mula2 daftar tu rasa macam takut jugak. Yela aku tak pernah terpikir nak jadi SB. Lagipun aku seorang yang berhijab.
Aku dipelihara oleh seorang SD muda, baru berusia 34 tahun. Berjaya orangnya. SD aku dah kahwin dengan anak 2. Tipulah kalau aku takde rasa serba salah pada mulanya sebab aku dah ganggu keluarga orang.
Hidup aku macam biasa je hari-hari. Pergi kelas, siapkan assignment, jumpa dengan firmmates untuk selesaikan tugasan berkumpulan. Cuma setiap bulan aku diberi wang saku oleh SD aku.
Sebagai balasan untuk duit poket, aku akan teman di minum-minum di cafe terkemuka, kadang-kadang pergi tengok wayang, kadang ikut dia jalan-jalan naik kereta sambil dengar dia cerita pasal hal kerja. Duit poket yang diberi agak lumayan juga, sekitar RM3000. Tapi aku bukan jenis boros, duit tu aku simpan. Duit nak makan, aku guna duit belanja yang parents aku bagi.
Memandangkan aku jenis yang ambil tahu hal semasa dan rajin berbual, jadi banyak benda kami boleh share & cerita. Kadang-kadang aku rasa dia macam mentor aku, ada perkara yang aku tak tahu nanti SD aku akan tunjukkan. Kalau SD aku tak tahu pasal law, dia akan tanya aku sebab aku pun ada rakan-rakan yang dah jadi lawyer.
‘Teman Dikala Dia Sunyi’
SD aku ni seorang family man. Aku tak ada rasa cemburu kalau dia asyik bercerita pasal wife dia. Pada aku wife dia cantik & baik cuma SD aku ni jenis cepat bosan pada komitmen. Sebab tu dia jadikan aku SB, sebab kami memang tak nak ada sebarang komitmen. Wife dia pula selalu busy so kadang-kadang SD aku perlukan teman untuk berbual.
Kami tak pernah tidur sekali apatah lagi ringan-ringan. Masa berkenalan pun aku dah tegaskan “No sex”, aku just boleh jadi teman dikala dia sunyi. Jangan terkejut ye, kadang-kadang kalau kami keluar sama, aku singgah sekejap di mana-mana surau untuk solat. Aku bukan nak kata aku baik tapi alhamdulillah aku masih jaga batas.
Tipu la kalau godaan tu tak ada tapi aku jenis tegas dalam kehidupan akau, kalau aku dah kata taknak, maknanya tak nak. Setakat ni SD aku memahami. Lagi pun dia dah ada isteri, kenapa aku nak kena bagi layanan seks pulak.
Sampai sekarang takde sape tahu yang aku ni someone’s mistress. Dari aku kecil memang dah biasa pakai barang berjenama jadi takde la obvious sangat kalau aku tetiba pakai handbag mahal. Kebetulan ayah aku seorang yang bekerjaya.
‘Tawaran Menarik Sukar Untuk Menolak’
Aku ada niat nak berhenti dari jadi SB tapi bukan dalam masa terdekat. Duit poket yang aku terima semua aku kumpul, aku jadikan modal bisnes. Walaupun aku bakal peguam aku sebenarnya minat nak buka bisnes jadi SD aku ni macam dah bagi jalan & dana. Aku tak pasti duit ni haram ke tidak. Kadang-kadang dalam dilema juga. Sebab kami tak lakukan sex, kami hanya berkawan rapat & keluar sama-sama sahaja.
Aku harap tak ada teman rapat atau sesiapa yang kenal aku tahu pasal perkara ni. Kalau bocor memang nahas aku. Sebab reputasi adalah sangat baik dikalangan keluarga, kawan-kawan juga pensyarah. [Sajaheboh.com] Ada beberapa pensyarah wanita yang sayang pada aku dan selalu beri semangat untuk aku gapai cita-cita aku. Kalau mereka yang aku sayang ni semua tahu, tak tahu la macam mana aku nak hadap.
Aku pernah ada beberapa boyfriend sebelum ni tapi takde yang kekal. Bukan jodoh namanya. Bukan nak membangga diri, tapi untk cari boyfriend atau seseorang yang nak kahwin dengan aku bukan satu masalah besar. Aku sentiasa ada beberapa lelaki yang ikhlas tunggu aku cuma hati aku tak terbuka untuk mereka. Aku ada kriteria yang aku nak. Bukan nak yang handsome tapi aku pandang pada jenis pekerjaan.
Setakat ni sahaja kisah aku. Terima kasih pada yang sudi baca. Aku dah ready untuk dikecam cuma kalau boleh doakanlah yang baik-baik agar aku berubah. Tipu la kalau aku tak ada niat nak stop cuma mungkin sebab tawaran yang diberi terlalu menarik, aku jadi sukar untuk menolak. – www.kakishare.tv