“Kau Jangan Kahwin Dengan Perempuan Negeri Sembilan, Nanti Harta Habis Hilang kat Diaorang..”

Assalamualaikum. Kisah yang aku nak sampaikan ni ialah tentang kawan aku. Cerita cinta yang agung namun ditentang keluarga. Cerita ni bukan cerpen, bukan novel, bukan rekaan, bukan khayalan. Ini cerita benar yang aku tukarkan nama watak sebenar.

Nama dia Iza. Kami panggil Iza ataupun span. Budak negeri sembilan. Orangnya pendiam tapi observant.

Bagi aku dalam geng kami dia ni lah paling baik hati paling cantik paling lemah lembut. Solat ngaji memang tak lepas tak macam kami yang melalut tak tentu arah. Kira ala2 perempuan melayu terakhir.

Kami panggil dia span pasal dia walaupun sentiasa senyap tak banyak cakap tp dia lah tempat kami bila ada masalah mengadu.

Dia simpan rahsia atau kisah org lain diam2 jenis bukam mulut tempayan seperti mana diri dia sendiri yang perahsia.

1 malam Iza balik dari kelas sorang2 dan ada jantan durjana ikut dia. Dok peewit2 dia dari belakang. Masa itu Iza panik, lari cepat2 dan jantan itu kejar.

Pervert mana tak tahu. Sampailah dekat satu simpang, ada seorang mat motor tengah simpan barang dekat bakul motor dia. Dan dia nampak apa yang berlaku, dia tolong Iza.

Dia selamatkan Iza, dia teman Iza balik jalan kaki sambil tolak motor dia ke rumah kami. Aku tanya “kenapa tak bagi bonceng sedare?”. Mat moto itu kata, “saya takut berdosa bonceng anak dara orang”. Gulp, malu aku.

Mat moto itu namanya Farid. Farid rupanya pun student. 1 universiti dengan kami tapi fakulti lain. Iza bertemu lagi dengan Farid dalam 1 aktiviti larian.

Iza AJK dan Farid peserta. Rasa macamm drama pula bila giliran Iza tolong Farid masa kaki dia terseliuh tengah2 lari itu. Dan bermulah dari situ, mereka kenal lebih jauh.

Tapi bagusnya mereka berdua ialah diorang tak angau bercinta macam org lain. Tak adalah duk bergayut dekat public phone 24 jam. Hantar surat je kadang2.

Masa zaman ini, belum ada lagi wasap instagram. 3310 je ada. Tapi nama pun student, sengkek nak selalu topup. Jadi kami grad beberapa bulan lepas tu, aku dapat kerja dekat ibu kota dan Iza pun sama tapi lain company. Kami masih best friend dan masih housemate.

Iza kerja sebagai eksekutif dan Farid pula dapat kerja pegawai kerajaan. Masa depan nampak sangat cerah utk diorg. Kadang2 kami makan bersama bertiga. Jadi peneman dating la aku ini.

Aku nampak yang Farid memang lelaki yang baik, dia bila bercakap dengan aku dan Iza pun mata dia tak renung tepat. Banyak menunduk.

And yes, bila aku selidik dari kawan2 universiti dulu memang Farid budak yang baik, selalu ke masjid jemaah. Iza tak pernah bagitau sebab dia memang perahsia & waktu Universiti pula aku tak ada masa nak ambil tahu.

Tapi biasalah orang bercinta ini macam mana dia selindung pun tetap nampak jugalah angaunya. Sebab sejak bercinta dengan Farid, banyak kali juga tengok Iza senyum sendirian. Ala korang pun pernah bercinta fahamlah kan maksud aku.

Dan suatu hari Iza dengan mata berkaca2 senyum lebar bagitau aku yang Farid nak masuk meminang. Aku pun bukan kepalang tumpang gembira. Wajah Iza nampak sangat sedang menantikan bahagia.

Tapi langit tak selalu cerah, takdir tak selalu indah. Farid itu orang pantai timur, dan bila mak ayah dia dapat tahu sahaja yang Iza itu gadis negeri sembilan, diorang terus reject. Terus reject tau, hanya kerana dia berdarah negeri sembilan!

Diorang kata susah, jangan sesekali kahwin dengan orang penuh adat itu. Nanti dah kahwin habis harta jatuh kat diorang dan akhirnya kau kena halau sehelai sepinggang. Adat diorang kental, kalau kahwin nanti menyesal. Baik kahwin dengan gadis negeri sendiri, lebih pandai agama, lebih pandai ngaji.

Perempuan negeri sembilan ni banyak jahat, kaki control, kaki bodohkan laki. Tak cukup tu, diorang kata pula yang anak lelaki diorang kerja gomen, pegawai, sebaiknya isteri pun kerja gomen jugak.

Baru setaraf. Dan diorang adalah keluarga berada, memang rumah besar, keta mewah. Iza pula cuma budak kampung. Ayah dia kerja menoreh getah. Makin tak setaraf la jadinya. Dasar otak tak berkembang. Mak aku pun Negeri sembilan tapi sangat baik orangya macam tu juga Iza. Sambil aku taip cerita ni mata aku panas tahan nangis.

Aku tak boleh bayang betapa hinanya Iza rasa masa diorang cakap macam ni depan2 dia. Ya, aku ada masa itu. Aku teman Iza pergi rumah mak bapak Farid, diorang jemput makan2 nak kenal bakal menantu.

Tapi tak sangka itu yang jadi. Depan kami Farid pertahankan Iza dan ianya bertukar jadi pertelingkahan dengan mak bapak diorang sampai terhambur semua kata2 hinaan dekat atas itu. Kau tak boleh ke nak cakap belakang2 kalau ya nak kutuk pun.

Korang agak2 cerita ini tamat mcm itu je? Tak. Bayangkan, Iza tak pernah bercinta dengan sesiapa, inilah cinta pertama dia. Farid pun sama. Sama2 baru kenal cinta, baru jatuh cinta.

Aku nampak kesungguhan diorang selama ini utk ke arah perkahwinan itu. Farid beli kereta, kumpul duit nak kahwin. Iza pun banyak belajar masak, perbaiki diri. Aku jadi saksi pada kisah diorg.

Tapi sayang, hanya kerana Iza perempuan negeri, tak kaya, diorang tolak hasrat anak diorang nak beristerikan Iza. Dan bila mak ayah Iza dapat tahu, diorang lagilah marah, diorang pun tak bg Iza kahwin dengan Farid. Diorang kata, maruah mereka kena pijak, takkan dibagi rumah diorang Farid sekeluarga jejak.

Sejak itu aku nampak Iza jadi lebih pendiam dari dulu. Banyak termenung, muram dan sugul. Selalu dia solat malam. Kadang2 aku terjaga terserempak dengan dia ambik wuduk dekat bilik air.

Tapi tetap wajahnya tak pernah ceria. Muka makin cengkung. Berbulan Iza macam itu. Bila aku tanya, dia cuma senyum kata tak apa-apa.

Satu hari tuhan gerakkan hati aku nak singgah taman lepas balik kerja dan aku terserempak dengan Farid dekat taman. Duduk sorang2 pandang tasik. Nampak sedikit tak terurus. Aku tegur dia. Aku borak dengan dia. Dekat tangan dia pegang gambar Iza.

Macam drama kan? Tak, ini cerita benar. Aku jadi saksi 2 orang insan yang merana kerana cinta. Kerana darjat. Farid bagitau dia nak jumpa Iza tapi dia tak berani nak pandang muka Iza. Malu dan maknya pun dah bagi amaran kalau dia jumpa Iza maka jatuh anak derhaka. Senang2 derhakakan anak haihh.

Farid bagi aku surat. Surat untuk Iza. Masa dia bagi aku, itulah kali pertama aku tengok seorang lelaki menangis kerana perempuan yang dia cinta.

Selama ini aku cuma nampak dalam tv bila rosyam nor nangis kena tinggal makwe. Aku suruh Farid call Iza, pun dia tak sanggup. Aku pun berilah surat itu pd Iza. Aku pernah baca surat itu. Tak begitu panjang.

Aku tak sanggup nak kongsi dekat sini. Terlalu menyedihkan. Dan lepas itu aku dgr Farid dah pindah keje ke negeri asal dia manakala Iza pula berhenti kerja sebab dia selalu sakit tak dapat bagi komitmen pada kerja. Aku teruskan hidup macam biasa untuk beberapa bulan dekat KL sampailah satu hari aku dpt call, kakak Iza bagitau yang Iza sakit.

Aku minta mc, aku pergi rumah Iza. Aku menangis sebaik sahaja aku masuk bilik dia. Dia baring dekat katil. Wajahnya makin cengkung. Dia senyum masa nampak aku dengan susah payah. Bibir pucat. Sedih. Sedih sangat. Dia cuma kata bacakan yasin untuk dia.

Aku tanya mak ayah dia, doktor pun tak tau apa sakit dia. Sebab dia penat, stress ke apa tah aku pun tak begitu ingat apa yang mak ayah beritahu. Bawa berubat tradisional pun tak ada kesan.

Mungkin dia sakit bukan tubuh dia tapi jiwa dia. Sebelum aku balik, aku borak dengan Iza, cerita dekat dia macam2 pasal life aku, cerita kelakar, cerita zaman U. Aku kata bosan dia tak ada dekat KL. Iza cuma dengar cuma senyum je.

Sampailah ms akhir aku nak balik, dia cakap sesuatu dan aku masih ingat lagi smpai sekarang kata2 dia. “Ema, aku doa semoga kau bahagia. Jangan merana kerana cinta. Tuhan ada”.

Tak sampai seminggu aku balik ke KL, Iza, kawan baik aku, yang sama2 janji akan jadi pengapit masing2 bila kahwin nanti pergi menghadap ilahi. Ramadan ke 10. Pukul 4 pagi sekitar macam itu aku tak berapa ingat sangat.

Waktu itu, Farid datang. Ya, aku tak sangka sangat. Lepas orang dah beransur balik, dia datang dekat aku. Farid pun aku nampak cengkung dari dulu. Aku bawa dia pergi pusara Iza. Lepas itu, aku tunggu dekat kereta pandang dia dari jauh. Aku tak sanggup nak tengok nak dengar apa yang dia nangis merintih dekat situ.

Tahun demi tahun berlalu. Aku tak pernah jumpa Farid lagi selepas hari itu. Sampailah suatu hari masa reunion kuliah kami hari raya, aku dapat berita Farid pun dah meninggal, kemalangan masa dalam perjalanan nak pergi umrah. Lama juga, beberapa tahun selepas Iza meninggal, Farid pun dijemput ilahi. Dia tak pernah berkahwin selama itu.

Kisah ini dah lama berlaku. Setiap kali nak datang Ramadan, aku mesti terkenang. Teringat pada kisah yang bagi orang lain cuma ada di dalam cerekarama, drama dan filem. Tapi bagi orang yang pernah menyaksikan kisah seperti itu, Tuhan saja tahu apa yang aku rasakan. Al-fatihah (Iza, 1978-2004). Sentiasa dalam doa, dalam kenangan.

Sumber kisahjalan

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *