Gara-gara Nak Putuskan Hubungan, Ciuman Kali Terakhir Dengan Kekasih Buat Lelaki Ini Merana

Gara-gara Nak Putuskan Hubungan, Ciuman Kali Terakhir Dengan Kekasih Buat Lelaki Ini Merana. Pengalaman perit putus cinta itu memang ‘menyakitkan’, terutamanya bagi seorang lelaki dari timur China ini.

SAJAHEBOH.COM - Gara-gara Nak Putuskan Hubungan, Ciuman Kali Terakhir Dengan Kekasih Buat Lelaki Ini Merana SAJA HEBOH LIKE PAGE: https://www.facebook.com/sajaheboh/Lapor Dailymail, lelaki berusia 23 tahun itu terpaksa diselamatkan oleh polis selepas bekas kekasihnya menggigit lidahnya dan enggan melepaskannya.

Dalam kejadian minggu lalu di wilayah Anhui, insiden berlaku apabila lelaki terbabit mahu memutuskan hubungan dengan kekasihnya yang berumur 26 tahun.

Sebagai permintaan terakhir, wanita itu meminta agar mereka bercium kali terakhir namun lain pula kesudahan yang berlaku.

Pihak berkuasa terpaksa campur tangan dan menggunakan penyembur lada terhadap wanita tersebut.

Ketika kejadian, kedengaran lelaki itu meraung kesakitan sambil menangis mahu melepaskan diri.

SAJAHEBOH.COM - Gara-gara Nak Putuskan Hubungan, Ciuman Kali Terakhir Dengan Kekasih Buat Lelaki Ini Merana SAJA HEBOH LIKE PAGE: https://www.facebook.com/sajaheboh/

Lelaki yang hanya dikenali dengan nama Liu itu kemudian dibawa ke hospital, namun doktor mengesahkan dia tidak mengalami kecederaan serius.

Sementara itu, ibu bapa wanita itu memberitahu keadaan anak mereka agak kurang stabil selepas dia menjadi mangsa penipuan pembelian atas talian.

Malah, wanita itu pernah menerima rawatan selama lima tahun di unit psikiatri.

VIDEO (Credit: Daily Mail):

“Anak kami pernah mengalami masalah kesihatan mental sebelum ini namun doktor memberitahu dia sudah kembali pulih seperti normal,” kata mereka.

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *