Anggota Polis Dan Tentera Bergabung Curi Lembu Dan Kambing Orang Kampung

Anggota Polis Dan Tentera Bergabung Curi Lembu Dan Kambing Orang Kampung.

SAJAHEBOH.COM - Anggota Polis Dan Tentera Bergabung Curi Lembu Dan Kambing Orang KampungSEKUMPULAN penjenayah ditahan termasuk anggota polis dan tentera selepas dipercayai bergabung menembak dan mencuri lembu-lembu dan kambing dari sebuah ladang di Kampung Ulu lakai, Jelebu Negeri Sembilan.

Menurut Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superitendan Kamarul Rizal Jenal, suspek yang ditangkap telah menembak 2 ekor lembu dan 4 ekor kambing milik penduduk kampung dengan menggunakan senapang patah dan pistol.

SAJAHEBOH.COM - Anggota Polis Dan Tentera Bergabung Curi Lembu Dan Kambing Orang Kampung

Keenam-enam haiwan ternakan itu katanya mati sebelum suspek sempat memotongnya kepada dua bahagian dan memunggahnya ke dalam kenderaan milik mereka.

Suspek-suspek yang berusia di antara 29 hingga 54 tahun itu, dilaporkan telah menyamar sebagai kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dan berpura-pura mahu menjalankan pemeriksaan.

“Setengah jam kemudian, suspek dilihat keluar dari kawasan ladang. Namun beberapa penduduk yang curiga dengan kehadiran mereka bertindak mengepung dan menahan kenderaan yang dipandu di laluan keluar,” kata Kamarul Rizal dipetik oleh Harian Metro.

SAJAHEBOH.COM - Anggota Polis Dan Tentera Bergabung Curi Lembu Dan Kambing Orang Kampung

“Penduduk menjalankan pemeriksaan menemui semua haiwan berkenaan di ruang simpanan di bahagian belakang kenderaan,” katanya.

Katanya lagi, penduduk telah menghubungi pihak polis dan sepasukan anggota polis telah dihantar ke lokasi berkenaan bagi menjalankan siasatan.

Hasil pemeriksaan pihak polis menemui senjata api, beberapa butir peluru hidup, kapak dan pisau di dalam kenderaan milik suspek.

Kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960.

Sumber: EdisiRakyat.com

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *