Warga Emas Dedah Tips Kekal Sihat Yang Aneh: Makan 2kg Pasir Sehari!

Warga Emas Dedah Tips Kekal Sihat Yang Aneh: Makan 2kg Pasir Sehari!

SAJAHEBOH.COM - Warga Emas Dedah Tips Kekal Sihat Yang Aneh: Makan 2kg Pasir Sehari!Seorang warga emas berusia 78 tahun dari India mendedahkan tips atau petua kekal sihatnya iaitu dengan mengamalkan memakan pasir sebanyak 2 kilogram (kg) sehari.

Pasir telah menjadi makanan ruji bagi Kusma Vati sejak enam dekad lalu bagi mengekalkan kesihatan badannya.

Menurut sebuah laman antarabangsa, Vati dikatakan akan meluangkan masa selama beberapa jam di hadapan halaman rumahnya mengunyah pasir.

“Saya telah menguyah pasir dan batu sejak 63 tahun lalu. Saya suka makan pasir dan ia tidak memberi kesan yang memudaratkan.

“Saya tidak pernah mengalami sebarang kesakitan pada perut dan mulut termasuk gigi. Saya juga boleh mengunyah batu yang keras tanpa sebarang masalah,” katanya.

Malah Vati juga mendedahkan bahawa dia tidak pernah berjumpa dengan doktor sejak dia mengamalkan petua pelik itu.

“Saya tidak pernah berjumpa doktor kerana sentiasa berada dalam keadaan sihat.

“Saya mengamalkan amalan memakan pasir sejak berusia 15 tahun dan mengalami sakit perut yang teruk tetapi ianya tidak bertahan lama dan kembali seperti sedia kala.

“Saya fikir pasir juga sama seperti mineral lain dan ia memberi saya tenaga untuk terus bekerja di ladang tanaman,” jelasnya.

Salah seorang daripada cucu Vati pernah memujuknya untuk menghentikan amalan pelik itu namun gagal.

“Cucu saya mendesak saya mendapat bantuan perubatan untuk menghilangkan ketagihan ini tetapi saya melihat tiada keperluan untuk itu.

“Saya sihat dan patut berterima kasih kepada pasir,” jelasnya.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *