Video Pengorbanan Seorang Ibu Demi Anak-anaknya Ini Menyentuh Hati Netizen

Video Pengorbanan Seorang Ibu Demi Anak-anaknya Ini Menyentuh Hati Netizen. Hati siapa yang tidak tersentuh apabila melihat ketabahan seorang ibu ini yang meredah kesesakan lebuh raya bersama empat anak kecilnya dengan hanya menaiki motosikal.

SAJAHEBOH.COM - Video Pengorbanan Seorang Ibu Demi Anak-anaknya Ini Menyentuh Hati NetizenSeorang daripada anaknya terlentok di bakul hadapan motosikal, manakala tiga beradik lagi saling memegang erat antara satu sama lain dengan anak yang paling kecil berada di tengah-tengah.

Si ibu dan keempat-empat anak ini difahamkan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Selayang selepas mengambil bantuan berbentuk pakaian yang dihulurkan oleh sebuah masjid di Bukit Damansara.

Namun apa yang memilukan, dalam keadaan panas terik itu tidak ada satu kenderaan pun dikatakan sudi menghulurkan bantuan kepada mereka.

Lebih merisaukan lagi, keadaan mereka itu jelas membahayakan nyawa lima beranak itu sehinggalah dua orang gadis yang menunggang motosikal tampil menawarkan diri untuk membantu si ibu berkenaan.

Menurut pengguna Facebook Nrftma Yussman, dia yang terserempak dengan keluarga berkenaan terus menghulurkan bantuan dengan menumpangkan salah seorang anaknya untuk pulang ke rumah mereka di Selayang.

“Maaf, tak sempat bertanya nama makcik ini Apa. Biasa tengok dalam televisyen saja orang seperti ini. Tetapi semalam betul-betul terjadi di depan mata dan kami tawarkan diri untuk membantunya.

“Sombongnya manusia yang ada kereta. Pengorbanan seorang ibu,” tulis dalam posting yang dimuat naik pada Sabtu dan sehingga kini telah dikongsi lebih 7,500 kali.

Berdasarkan video juga, hanya si ibu dan anak sulungya sahaja dilihat memakai topi keledar dan kedudukan anak lelakinya di belakang juga dilihat hampir terjatuh.

Nrftma turut berkongsi nombor telefon wanita berkenaan agar mana-mana pihak atau individu yang baik hati sudi menghulurkan bantuan atau sumbangan kepada mereka.

Sementara itu, Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengambil maklum mengenai video tular tersebut dan menjelaskan bahawa, wanita berkenaan merupakan salah seorang penerima bantuan zakat.

Wanita berusia 32 tahun itu diberikan kira-kira RM350 secara bulanan melalui Skim Bantuan Kewangan Bulanan dan Skim Bantuan Am Persekolahan untuk anak-anaknya.

PENCERAHAN ISU VIRAL MAKCIK 5 BERANAK NAIK MOTORViral video makcik 5 beranak menunggang motorsikal EX5 yang dimuatnaik…

Posted by Baitulmal MAIWP on Saturday, 31 March 2018

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *