Video Kereta Hantu Tiba-tiba Muncul Sebabkan Kemalangan Di Singapura

Video Kereta Hantu Tiba-tiba Muncul Sebabkan Kemalangan Di Singapura. VIDEO ‘kereta hantu’ yang dirakam di Singapura kini tular menunjukkan sebuah kereta tiba-tiba muncul menyebabkan kemalangan.

SAJAHEBOH.COM - Video Kereta Hantu Tiba-tiba Muncul Sebabkan Kemalangan Di Singapura . . . SAJAHEBOH.COMRakaman video yang dirakam menggunakan ‘dashboard cam’ oleh Gerard Derek Na itu menunjukkan sebuah kereta membelok ke kanan untuk memasuki simpang apabila tiba-tiba sebuah kereta muncul di depannya menyebabkan kereta pertama tadi melanggarnya.

Selepas perlanggaran itu, ‘kereta hantu’ berkenaan berlalu dari situ.

Rakaman itu yang disiarkan di FB ROAD.sg Isnin lalu, menarik perhatian dengan 100,000 sudah menontonnya dan dipetik banyak portal berita di United Kingdom, termasuk The Solar, The Each day Mail dan The Mirror.

SAJAHEBOH.COM - Video Kereta Hantu Tiba-tiba Muncul Sebabkan Kemalangan Di Singapura . . . SAJAHEBOH.COM

Ramai yang hairan dengan kemunculan kereta berkenaan kerana langsung tiada bayangnya sebelum kemalangan.

Namun, ada juga yang membuat andaian kedudukan ‘kereta hantu’ itu mungkin menyebabkan ia tidak kelihatan dalam video atau dilihat pemandu kereta pertama sehingga pada saat akhir.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *