Uncle 62 Tahun Nikah Gadis Muda 18 Tahun Dengan Hantaran RM11K

Uncle 62 Tahun Nikah Gadis Muda 18 Tahun Dengan Hantaran RM11K. Selepas perkahwinan Selamet Riyadi, 16, dan isterinya Rohaya, 71, pada awal Julai lalu, kini pernikahan seorang remaja perempuan dan lelaki berusia 62 tahun pula mencuri perhatian masyarakat di Indonesia.

Uncle 62 Tahun Nikah Gadis Muda 18 Tahun Dengan Hantaran RM11KMajlis akad nikah pasangan pengantin, Sulaeman Daeng Ngampa dan isterinya, Diana Daeng Nganiyang yang berumur 18 tahun berlangsung di rumah pengantin perempuan di Kabupaten Gowa, Sulawesi Selatan, kelmarin (16 Julai).

Memetik portal Detik.com, Ketua Kampung, Zainal Arifin Daeng Mangung berkata, majlis perkahwinan pengantin lelaki, yang 44 tahun lebih tua daripada pengantin perempuan berlangsung mengikut adat suku kaum Makassar.

“Majlis pernikahan mereka (berlangsung) kelmarin. Setahu saya, tiada paksaan antara mereka walaupun isterinya masih muda,” kata Zainal.

Sementara media tempatan melaporkan, Sulaeman memberikan wang hantaran sebanyak 35 juta rupiah (RM11,264.45), satu set barangan kemas serta 300 kilogram (kg) beras kepada pengantin perempuan.

Berkongsi lanjut mengenai kisah cinta, Sulaeman berkata, pertama kali dia bertemu dengan gadis muda itu setahun lalu iaitu dua bulan selepas isterinya meninggal dunia.

Ketika itu Sulaeman datang ke rumah bapa Diana, Daeng Caco, 50, yang mempunyai kemahiran dalam bidang pertukangan besi.

“Tahun lalu saya datang ke sini mahu buat parang dan saya lihat anak gadisnya cantik dan baik hati,” ujar Sulaeman.

Selepas setahun berulang-alik ke rumah bapa Diana yang pada mulanya hanya sekadar mengeratkan sillaturrahim, Sulaeman mula jatuh hati kepada Diana dan mahu melamar gadis itu menjadi isterinya.

Manakala, Diana mengakui senang dengan perwatakan Sulaeman meskipun mempunyai perbezaan umur yang jauh.

“Saya senang dan suka (Selaeman) dan tolong doakan mudah-mudahan rumah tangga kami berjalan dengan baik serta diberikan rezeki,” kata Diana, memetik Detik.com.

Ibu kandung Diana sudah meninggal dunia pada tahun 2007.

Diana merupakan anak kedua daripada tiga beradik. Abang sulungnya, Jamaluddin yang berusia 21 tahun sudah mendirikan rumah tangga, sementara adik bongsunya, Riswandi, 14, tinggal bersama Diana. – malaysianDigest

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *