Tips Hilangkan Rasa Pijar Atau Panas Selepas Pegang Cili

Tips Hilangkan Rasa Pijar Atau Panas Selepas Pegang Cili. Rasa pijar tangan akan selalunya berlaku selepas anda memotong cili, menumbuk cili atau buat apa-apa yang bersentuhan tangan dengan cili pasti tangan anda akan rasa macam panas , pedih ataupun ia lebih dikenali sebagai pijar.

Tips Hilangkan Rasa Pijar Atau Panas Selepas Pegang CiliMemang rasa tidak senang duduk apabila tangan rasa berpijar. Ada orang yang mempunyai kulit yang agak sensitif, tersentuh cili pon sudah membuat tangan terasa pijar. Kalau tangan dah rasa pijar jangan pula ada yang nak tenyeh mata, nanti tak pasal-pasal pula meleleh air mata pedih.

Disini terdapat cara atau petua untuk hilangkan rasa panas atau pijar tangan ini. Setelah dibuat carian dan kajian yang terperinci, maka terdapat tiga cara atau petua untuk menyelesaikan permasalahan yang kerap terjadi kepada orang dapur. Rasa tangan pijar/panas boleh dihilangkan atau dikurangkan melalui cara berikut.

Panaskan tangan

Tips Hilangkan Rasa Pijar Atau Panas Selepas Pegang Cili

Petua yang pertama adalah panaskan tangan di atas api. Apa yang perlu anda buat adalah dengan membuka api dapur dan panaskan sekejap tangan anda. Jangan letak tangan anda dekat sangat dengan api takut terbakar pula nanti. Selepas tangan terasa panas, buka paip air di sinki dan basuh tangan anda dengan air dan sabun.

Rendam tangan

Tips Hilangkan Rasa Pijar Atau Panas Selepas Pegang Cili

Cara yang kedua adalah dengan merendam tangan anda didalam air garam. Sediakan satu bekas air yang berisi garam. Rendam tangan anda sehingga rasa pijar itu kurang atau hilang. Selepas itu angkat tangan dan bilas tangan anda dengan air biasa.

Genggam beras

Tips Hilangkan Rasa Pijar Atau Panas Selepas Pegang Cili

Tips yang terakhir adalah dengan cara meramas-ramas atau mengenggam beras selama beberapa minit. Genggam beras sambil meramas-ramas ia sehingga rasa pijar itu berkurangan. Jika tangan ada sudah berasa selesa, basuh tangan anda dengan air. Anda akan rasa pijar pada tangan sudah tiada.

Selamat mencuba petua ini, kalau boleh kongsikan petua ini dengan rakan-rakan yang lain.

source: iluminasi

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *