Tertekan Masalah Jerawat Teruk, Gadis Ini Amalkan 6 Langkah Untuk Melicinkan Wajahnya Supaya Bebas Jerawat.

Tertekan Dengan Masalah Jerawat Teruk , Gadis Ini Amalkan 6 Langkah Untuk Melicinkan Wajahnya Supaya Bebas Jerawat. Jerawat, tiada siapa yang akan gembira jika jerawat muncul. Kadangkala, jerawat juga boleh membuatkan kita tertekan terutamanya jika ia muncul pada detik yang sangat penting misalnya hari perkahwinan.

SAJAHEBOH.COM - Tertekan Masalah Jerawat Teruk , Gadis Ini Amalkan 6 Langkah Untuk Melicinkan Wajahnya Supaya Bebas Jerawat.Ramai individu akan menggunakan pelbagai produk khusus untuk mengecutkan jerawat dan sebagainya namun bukan semuanya mampu memberikan hasil yang efektif dan cepat.

Tetapi bagi Brianna Lopez, kejayaannya dalam mencari rutin penjagaan kulit yang tepat telah menjadikannya sangat terkenal di media sosial.

Model muda dari Los Angeles ini pernah bergelut dengan masalah jerawat yang sangat teruk sehingga membuatkan dia rasa ‘terganggu’ dengannya.

SAJAHEBOH.COM - Tertekan Masalah Jerawat Teruk , Gadis Ini Amalkan 6 Langkah Untuk Melicinkan Wajahnya Supaya Bebas Jerawat.

Tertekan dengan masalah kulit muka yang berjerawat, Brianna pernah bertemu dengan pakar kulit selain menggunakan produk komersial namun tiada hasil positif.

Brianna kemudian mengambil keputusan untuk bertukar kepada rutin penjagaan kulit harian dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi yang boleh dibeli di kedai runcit sahaja!

Semenjak mengamalkannya dalam tempoh seminggu, kulitnya mulai menunjukkan perubahan yang amat menakjubkan.

SAJAHEBOH.COM - Tertekan Masalah Jerawat Teruk , Gadis Ini Amalkan 6 Langkah Untuk Melicinkan Wajahnya Supaya Bebas Jerawat.

Brianna telah mendokumentasikan gambar-gambar dan video mengenai perubahan kulit wajahnya di Instagram dan juga YouTube. Malah, dia turut berkongsi arahan penggunaan secara terperinci bagi melicinkan kulitnya daripada masalah jerawat.

“Kulit saya tidak sempurna. Tetapi, ia semakin beransur pulih dan saya mahu kongsikan perkembangan ini dengan semua orang”.

Brianna telah memuatnaik beberapa gambar perbandingan dahulu dan kini sekali gus menjadi sensasi internet apabila gambar tersebut meraih lebih daripada 10,000 ‘like’.

Berikut merupakan 6 langkah mudah yang diamalkannya:

1. Bersihkan wajah sebanyak dua kali dengan minyak jojoba dan keringkan dengan menggunakan kain suam (kain yang direndam dalam air panas)

2. Sapukan campuran madu, kunyit dan kayu manis pada kulit muka.

3. Sapukan Shea Terra Organics Rose Hips & Carrot Perfecting Serum dan pelembap Doterra Lavender Oil.

4. Pada waktu malam, sapukan shea butter pada jerawat.

5. Gunakan losyen pelindung matahari dengan formula 30+ setiap hari.

6. Amalkan suplemen herba seperti kunyit, akar burdock, daun neem dan milk thistle (herba bebunga)

Keenam-enam langkah ini hanya dilakukan sekiranya Brianna memakai solekan. Pada hari-hari tanpa solekan, dia hanya akan menyapu pelembap dan losyen pelindung matahari pada waktu siang. Pada waktu malam pula, dia akan membersihkan mukanya.

Menurut Brianna lagi, walaupun rutin terbarunya ini berjaya memulihkan masalah kulit secara menyeluruh dalam tempoh melebihi enam bulan, dia mula merasai perubahan positif dan berasa selesa setelah mengamalkan rutin berkenaan selama dua bulan sahaja.

“Dahulu, saya sangat terganggu dengan wajah saya sehingga tidak mahu keluar dari bilik dan tidak mahu ibu bapa melihat saya”.

Tambah Brianna lagi, pemakanan juga penting dalam membantu menghapuskan jerawat pada kulit wajahnya.

“Saya tidak makan daging mamalia tetapi saya makan ikan. Diet saya adalah diet yang sihat dan ianya berkesan untuk saya. Saya tidak katakan semua orang perlu lakukan seperti yang saya lakukan untuk mendapatkan kulit yang cantik”.

SAJAHEBOH.COM - Tertekan Masalah Jerawat Teruk , Gadis Ini Amalkan 6 Langkah Untuk Melicinkan Wajahnya Supaya Bebas Jerawat.

Apa yang penting adalah, ianya menggunakan bahan-bahan semulajadi dan tidak mengandungi sebarang bahan kimia. Walaupun mengambil masa yang agak lama, ianya dijamin 100 peratus selamat!

Mungkin kita boleh meniru rutin penjagaan kulit seperti Brianna untuk mendapatkan wajah yang licin mulus sepertinya.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *