Suami Orang Disaman Menipu Perempuan Dengan Menidurinya Mengaku Masih Bujang

Seorang lelaki yang juga suami orang disaman menipu perempuan dengan menidurinya dengan janji-janji palsu serta mengaku dirinya masih bujang. Dia telah diarahkan untuk membayar wang sebanyak RM16000 kerana penipuan.

Shanghai:  Seorang wanita yang menyaman seorang lelaki kerana ‘mencabuli haknya terhadap keperawanan’ selepas lelaki berkenaan memikatnya dengan janji palsu, menerima hampir RM16,000 sebagai pampasan.Suami Orang Disaman Menipu Perempuan Dengan Menidurinya Mengaku Masih BujangPasangan berkenaan berpacaran, tetapi selepas wanita itu, Chen, mendapati teman lelakinya itu sudah berkahwin, dia menyamannya atas tuduhan menipu serta menuduh dia berpura-pura bujang dan berjanji untuk berkahwin dengannya.

Seorang jurucakap Mahkamah Rakyat Pudong mengesahkan kes itu dan keputusan berkenaan. Pasangan berkenaan berkenalan menerusi laman sosial pada 2009, tetapi mula berpacaran pada 2013 sebelum kedua-duanya bercuti bersama-sama ke Singapura dan mengadakan seks.

Apabila lelaki itu, Li, tiba-tiba memutuskan hubungan mereka, Chen menyerbu rumahnya dan mendapati dia sudah beristeri.

Chen menyamannya dengan menuduh dia mencabuli ‘haknya terhadap keperawanan’ dan kesihatan serta menuntut ganti rugi RM261,000 atas alasan mengalami gangguan psikologi.

Mahkamah bagaimanapun hanya mengarahkan Li membayar RM16,000 kerana meragut perawan Chen dengan janji palsu.

sumber: hmetro,com.my

Kepada kaum lelaki diluar sana yang sudah bersuami dan mempunyai isteri , jangan menipu perempuan tentang status anda pula, takut-takut anda pula kena saman atau mungkin kena lebih teruk lagi daripada lelaki ini.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *